Enam PPW disiasat ceroboh data peribadi peminjam - pakdin.my

Enam syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) tidak berlesen sedang disiasat mengikut Seksyen 5, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), susulan aduan penyalahgunaan data peribadi.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, siasatan itu sedang dijalankan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Media (SKMM).

“Enam PPW itu adalah Asialend, Dreamlend, iPayfren, iPinjaman, Helplend4u dan GoCash4u.

“Sekiranya disabitkan, entiti berkenaan boleh didenda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua aplikasi dalam talian milik PPW terbabit didapati mengakses dan menyalin maklumat lain, termasuk data peribadi tidak berkaitan dengan urusan pinjaman tanpa kebenaran peminjam.

“Mana-mana peminjam yang data peribadinya disalahgunakan oleh aplikasi dalam talian PPW tidak berlesen diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JPDP melalui alamat e-mel penguatkuasaan@pdp.gov.my atau Sistem Perlindungan Data Peribadi

(daftar.pdp.gov.my) bagi membantu siasatan,” katanya.

JPDP jelas kenyataan itu, memandang serius perkara itu dan menasihatkan semua rakyat lebih berhati-hati apabila membuat sebarang pinjaman secara dalam talian, khususnya ketika memberi persetujuan terhadap aplikasi yang dimuat turun bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mempunyai akses tidak sepatutnya.

“Semua peminjam juga dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu dengan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengetahui status pendaftaran PPW yang berkenaan,” katanya.

UTAMABERITAEnam PPW disiasat ceroboh data peribadi peminjam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium