30 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran dekat Jalan Telok Wan Jah (video)

kebakaran-telok-wan-jah-alor-star

ALOR SETAR: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah dua tingkat yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Lorong Perwira, Jalan Telok Wanjah dekat sini, hari ini.

Penghuni rumah itu, Md Iszanudin Ishak, 41, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu bahagian bawah bersama ibunya, Mah Mat, 72; adik ipar, Nur Salbia Wahab, 25; dan anak saudaranya, Mohd Ashraf Mohd Akhbarullah, 2, manakala adiknya Mohd Akhbarullah Ishak, 29, dan seorang lagi anak saudaranya, Nursyazwani Mohd Akhbarullah, 7, tiada di rumah.

Md Iszanudin yang bekerja sendiri berkata kejadian pada 3.30 petang itu disedarinya selepas terhidu bau asap di bahagian atas rumah sebelum bergegas naik mencari dari mana datangnya bau asap tersebut.

“Semasa kejadian saya tengah berehat sementara yang lain sedang tidur sebelum saya terhidu bau asap yang datang dari tingkat atas. Bila saya membuka pintu di bahagian atas, saya terus disambar api menyebabkan muka dan bahu saya melecur.

“….melihat api semakin marak, saya menjerit menyuruh adik ipar membawa anaknya dan mak keluar menyelamatkan diri. Saya bersyukur semua tidak mengalami kecederaan cuma terkilan tidak dapat menyelamatkan barang-barang di dalam rumah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebuah rumah kosong bersebelahan rumahnya turut musnah dalam kebakaran itu dan kejadian berkenaan adalah yang pertama sepanjang 35 tahun dia tinggal di kediaman tersebut.


Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Md Noor Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.48 petang dan tiga jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba Jalan Tun Razak serta 20 anggota bomba sukarela, berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya 10 minit kemudian.

“Kejadian itu menyebabkan seorang mangsa melecur di muka dan bahu manakala dua buah rumah, dua buah kereta dan sebuah motosikal musnah dijilat api,” katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

 

 

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...