Enjin Jet Yang Hilang Boleh Sumbat Dalan Boot Kereta Kancil – Tertuduh Bebas Dengan Bantuan Peguambela DAP - pakdin.my

29 September 2016, mahkamah mengumumkan keputusan kes kecurian enjin F5EII. Malangnya suspek telah diisytiharkan tidak bersalah, walaupun dengan bukti kukuh (termasuk wang di dalam akaun, pembelian harta dsbnya).

20160929-dap-enjin-jet

Sebelum macai buat lawak dan mula menuduh berlaku konspirasi dengan melukis jet tanpa enjin, pertama mari kita melihat apa yang telah dicuri.

Engine Enjin berkenaan digunakan untuk Northrop Grumman F5EII Fighting Tiger yang telah usang. Dibeli dalam tahun 70-an untuk menggantikan Jet Tebuan buatan Kanada. Jet ini telah begitu lama dan kita hanya mempunyai 2 jet jenis ini yang masuh beroperasi pada tahun 2015.

Jet ini dikuasakan oleh 2 enjin General Electric J-85xx. Enjin ini merupakan salah satu produk General Electric paling berjaya dengan berat keseluruhan enjin hanya antara 140kg hingga 230 kilogram.

20160930-J85-5_US_Airforce

Jika dibandingkan dengan enjin Klimov RD-33 turbofan digunakan untuk MIG29N seberat 1,055kg, J-85xx boleh dianggap sangat ringan. Dua atau mungkin 3 orang sahaja diperlukan untuk mengangkat, jika tidak ada kren atau forklift.

Untuk perbandingan yang lain, kita lihat pula enjin Pratt & Whitney F100 enjin turbofan digunakan untuk F16. Ianya memiliki berat 1,467kg hingga 1,700kg.

Saiz Enjin ini mempunyai diameter 46 cm dan 110 cm panjang. Berbanding enjin RD-33 yang mempunyai diameter 104cm dan 422.9cm panjang. Manakala P&W F100 mempunyai diameter 88cm dan panjang 118cm.

Signifikan Nombor

Jadi apa yang dimaksudkan dengan nombor di atas?

Pada maksimum 230 kilogram ia adalah bersamaan dengan 2 orang sangat berat dan gemuk. Ia tidak memerlukan sebuah trak untuk diangkut. Malah, boleh disumbat dalam ruang penyimpan barang sebuah Perodua Kancil atau Myvi dan tiada siapa yang tahu.

Dan pada ukuran sedemikian, hanya perlu sukat dengan pembaris, memang boleh disembunyikan dalam ruang penyimpanan barang mana-mana kereta.

https://pakdin.my/dua-dibebaskan-atas-tuduhan-mencuri-enjin-jet-pengubahan-wang-haram/

UTAMABERITAEnjin Jet Yang Hilang Boleh Sumbat Dalan Boot Kereta Kancil - Tertuduh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium