24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Enjin pesawat MAS disambar petir

MH1384 disambar petir

Pesawat MH1348 milik Malaysia Airlines yang disambar petir selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Selasa.

MAS dalam satu kenyataan berkata pesawat berkenaan disambar petir ketika dalam penerbangan.

“Pesawat tersebut kemudiannya segera diperiksa dan dibenarkan berlepas.

“Pesawat tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa sebarang masalah,” menurut MAS dalam satu kenyataan.

“Pesawat MAS direka mampu bertahan daripada panahan peitr dan boleh mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang terdapat dalam pesawat.

“Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan MAS,” menurut kenyataan itu.

MH1348 berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.5 pagi dan dijadual tiba di Langkawi sejam kemudian.

Insiden berkenaan mula kecoh di laman sosial apabila penumpang pesawat MAS menceritakan pengalaman yang menakutkan melalui akaun Instagram.

Pengguna yang menggunakan nama Haswendy, turut memuat naik sekeping gambar pesawat tersebut di akaunnya.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...