30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Euro 2012 – Itali 1 Sepanyol 1

PENYANDANG juara Euro 2008, Sepanyol dan Itali mempamerkan permainan penuh dramatik dan berkualiti apabila menjaringkan gol tunggal masing-masing selang empat minit dalam perlawanan sulung kejohanan Euro 2012.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 untuk berkongsi mata dalam perlawanan Kumpulan C.

Cesc Fabregas menyelamatkan maruah Sepanyol dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 – selang empat minit selepas jaringan pemain Itali Antonio Di Natale meletakkan negaranya di depan.

Sepanyol, juara bertahan, yang turun dengan misi mahu menjadi negara pertama mempertahankan gelaran juara Eropah ditentang hebat oleh Itali,  yang menjadikan pertemuan ini sebagai medan untuk membalas dendam.

Pada babak awal perlawanan, Sepanyol yang banyak – lebih 60 peratus – menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.

Sebaliknya, pertahanan yang kukuh dilakukan oleh pasukan Itali berjaya mengekang asakan Sepanyol daripada membolosi pintu gawang.

Kedua-dua pasukan dilihat mengasak kubu masing-masing bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.

Sekilas fakta

– Keputusan akhir: Sepanyol (1) Itali (1)

– Pemain terima kad kuning: Jordi Alba, Arbeloa, Torres (Sepanyol)  Maggio, Bonucci, Chiellini (Itali)

– Sasaran ke gawang: Sepanyol (9) Itali (6)

– Sepakan penjuru: Sepanyol (7) Itali (2)

– Hero pasukan: Cesc Fabregas (Sepanyol) Antonio Di Natale (I

Barisan pemain Sepanyol
1 Casillas
15 Sergio Ramos
17 Arbeloa
3 Piqué
18 Jordi Alba
10 Fàbregas
6 Iniesta
14 Xabi Alonso
8 Xavi
21 David Silva
16 Busquets

Barisan pemain Itali
1 G. Buffon
19 L. Bonucci
3 G. Chiellini
16 D. De Rossi
21 A. Pirlo
5 Thiago Motta
2 C. Maggio
8 C. Marchisio
13 E. Giaccherini
10 A. Cassano
9 M. Balotelli






Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan