25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Euro 2012: Poland 1 Greece 1

WARSAW – Selepas spekulasi dan harapan berbulan-bulan, kejohanan Euro 2012 bermula di ibu negara Poland dengan pasukan tuan rumah dan Greece terikat 1-1 dalam pertemuan yang penuh dengan drama dan kontroversi.

Drama dan kontroversi melibatkan layangan dua kad merah termasuk ke atas penjaga gol Poland sendiri.

Greece yang mempertikaikan keputusan pengadil apabila tidak memberi tendangan penalti pada separuh masa pertama, gagal menyempurnakan sepakan penalti di separuh masa kedua.

Pengadil dari Sepanyol, yang dilihat ‘bias’ kepada Greece di separuh masa pertama, melayangkan dua kad merah masing-masing satu kepada pasukan Poland dan Greece, sekali gus mencemarkan perlawanan sulung kejohanan Euro 2012.

Poland menguasai separuh masa pertama manakala Greece pula lebih menguasai permainan separuh masa kedua. Ia perlawanan pertama Kumpulan A yang turut dianggotai Rusia dan Republik Czech.

Gol pertama kejohanan dan bagi pasukan Poland dijaringkan oleh Robert Lewandowski pada minit ke-17. Greece menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua, iaitu pada minit ke-51, menerusi Dimitris Salpingidis, yang dibawa masuk pada separuh masa kedua.

Salpingidis menghasilkan beberapa percubaan tetapi gagal membawa mata penuh kepada Greece.

Perlawanan sulung ini mencetuskan kontroversi apabila pengadil melayangkan kad merah selain menafikan tendangan penalti kepada pasukan Greece.

Pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang sementara Poland kelihatan menguasai perlawanan sulung ini.

Bermain dengan 10 pemain, Greece kelihatan berhadapan dengan situasi malang apabila dinafikan tendangan penalti ketika separuh masa pertama hampir tamat.

Pemain Greece Jose Holebas yang mempertikaikan keputusan pengadil menafikan tendangan penalti diberikan kad kuning, sekali gus mencetuskan kontroversi.

Holebas mempertikaikan bahawa pemain Poland menahan bola dengan tangan di hadapan gawang, Keputusan itu turut dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk komen-komen melalui blog dan Twitter.

Penjaga gol Poland Wojciech Szczesny, yang sebelu ini mewakili Arsenal, pula diberikan kad merah dan diarah keluar padang selepas menjatuhkan pemain Salpingidis pada minit ke-69.

Tendangan penalti Greece, yang diambil oleh Giorgos Karagounis tidak disempurnakan dengan baik. Ia diselamatkan oleh penjaga gol gantian Przemyslaw Tyton.

Salpingidis menjaringkan gol empat minit kemudian tetapi tidak dibenarkan kerana ‘offside’.

Kejohanan kali ini dianjurkan bersama oleh Poland dan Ukraine.

Sepakan mula dilakukan oleh Greece yang bertemu dengan pasukan tuan rumah Poland di Stadium Nasional di sini setelah selesainya majlis perasmian.

Sebanyak 16 pasukan terbaik bersaing di peringkat akhir Euro 2012 yang akan berlangsung selama tiga minggu – untuk menguasai Piala Henri Delaunay. Sepanyol mempertahankan kejuaraan mereka.

Perlawanan akhir akan berlangsung 1 Julai di Kiev, Ukraine.

Sebanyak 31 perlawanan akan berlangsung sepanjang tempoh selama tiga minggu kejohanan. Pertemuan Poland dan Greece ini disusuli dengan perlawanan antara Rusia dan Republik Czech pada jam 2.45 pagi nanti.

SEKILAS FAKTA:

– Keputusan akhir Poland (1) Greece (1)
– Bermain dengan 10 orang; pemain Poland Szczesny dan  Papastathopoulos dari Greece dibuang padang
– Robert Lewandowski penjaring sulung Euro 2012.
– Greece dinafikan penalti pada separuh masa pertama, tetapi gagal menyempurnakan penalti di separuh masa kedua.
– 3 kad kuning; 2 kad merah dikeluarka.
– Dimitris Salpingidis dan Przemyslaw Tyton wira bagi Greece dan Poland Salpingidis menjaringkan gol Greec; Tyton menyelamatkan tendangan penalti.

Berita Berkaitan

Rakan sekutu berbalah berhubung jawatan KM Sabah

KOTA KINABALU: Abdul Rahman Dahlan cuba menunjukkan ekspresi biasa pada Sabtu ketika pemimpin Perikatan...

Siti Sarah mohon maaf kepada masyarakat Orang Asli

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Orang Asli...

US study: Couples should wear mask while having sex amid Covid-19 pandemic, masturbation the safest option

As the world continues to adjust to the new normal amid the Covid-19 pandemic,...

Keputusan Sumareh ke Liga Thailand tepat

PENGHIJRAHAN Mohamadou Sumareh ke Liga Thailand dianggap tepat bagi memastikan dia terus meraih minit...

City sedia tawar Messi RM2.49 bilion

MANCHESTER City sudah bersedia menawarkan Lionel Messi £450 juta (RM2.49 bilion) untuk kontrak selama...

Kurangkan lepak di kedai makan

DALAM tempoh 14 hari, kurangkan lepak di kedai makan dan hanya keluar rumah untuk...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan