28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Euro 2012 : Sepanyol ke final Euro 2012 tewaskan Portugal

SEPANYOL menghampiri untuk melakar hatrik apabila mencatat kemenangan bergaya menerusi sepakan penalti ke atas Portugal dalam aksi  penuh mendebarkan di Stadium Donestk, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung selama 120 minit berikutan seri tanpa jaringan yang berlanjutan sehingga ke sepakan penalti, membuatkan juara bertahan, Sepanyol menang dengan 4-2 mengatasi Portugal.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol mengesahkan tiket ke final dan akan bertemu antara Jerman atau Itali dalam satu lagi aksi separuh akhir nanti.

Penyandang juara, Sepanyol turun dengan misi untuk mencipta hatrik iaitu juara Euro 2008 dan juara Piala Dunia 2010 manakala Portugal pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping  memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 2004.

Pada babak awal perlawanan, Portugal dilihat melakukan asakan awal kepada Sepanyol untuk menjaringkan gol, namun tidak berhasil apabila berjaya dikekang pertahanan La Roja.

Sepanyol yang cemas asyik diasak, mula menemui rentak pada tengah perlawanan dengan membalas asakan bertubi-tubi kepada Portugal. Namun tiada gol dijaringkan.

Perlawanan kedua-dua pasukan semakin rancak apabila masing-masing mencari peluang untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun, keputusan kekal sehingga ke wisel babak pertama tamat.

Perkembangan di arena (pada minit ke….):

120: Kedudukan terikat 0-0. Pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

113: Larian solo pemain Sepanyol tidak berjaya untuk menjaringkan gol apabila dihalang pertahanan Portugal.

110: Gawang Portugal cemas apabila Sepanyol hampir mencipta gol kemenangan, namun berjaya dikekang.

109: Percubaan Sepanyol terus gagal untuk membolosi gawang lawan.

108: Perlawanan semakin mendebarkan. Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing

105: Separuh masa pertama masa tambahan berakhir.

105: lagi peluang bagi Sepanyol – menerusi tendangan percuma. Gagal disempurnakan

102: Percubaan Sepanyol dalam kotak penalti gagal dilaksanakan.

100: Portugal dan Sepanyol masih mencari gol

97: Tendangan percuma diambil oleh Kleper Pepe.

96: Kedua-dua pasukan masih mencari peluang untuk menjaringkan gol.

93: Portugal melakukan serangan balas ke atas Sepanyol.

91: Permainan masa tambahan berlangsung.

90+3: Perlawanan masa kedud berakhir, kedudukan kekal 0-0. Perlawanan akan bersambung di masa tambahan.

90+2: Kad kunung kepada pemain Portugal Miguel Veloso

90+1: Tendangan sudut kepada Sepanyol.

90: Masa tambahan tiga minit diberikan.

86: Kedua-dua pasukan buntu dalam mencari jaringan.

85: Kad kuning dilayangkan kepada pemain Portugal Bruno Alves.

84: Kedudukan masih 0-0.

83: Sepakan percuma, diambil Ronaldo, tetapi tiada hasil gol.

80: Miguel Nelson Oliveira menggantikan Hugo Miguel Almeida.

77: Percubaan Sepanyol ke gawang Portugal tidak berhasil.

75: Kedudukan masih teriat 0-0. Kedua-dua pasukan mengasak kubu lawan masing-masing.

72: Sepakan percuma, diambil Ronaldo, gagal hasilkan gol.

68: Perlawanan semakin mendebarkan, kedudukan masih 0-0.

67: Cubaan Xavi Hernandez ke gawang lawan tidak berjaya.

64: Tendangan sudut kepada Sepanyol, tiada jaringan.

63: Kad kuning kepada pemain Portugal Joao Pereira. Tendangan percuma kepada Sepanyol, tiada jaringan gol.

60: Kedudukan masih kekal 0-0

59: Kad kuning kepada pemain Sepanyol-Sergio Busquets

58: Portugal  terus mengasak kubu lawan

56: Satu lagi tendangan sudut kepada Portugal.

54: Francesc Fabregas (pemain Sepanyol) dibawa masuk menggantian Alvaro Negredo.

53: Kedudukan masih kekal 0-0

52: Tendangan sudut kepada Portugal.

51: Asakan Portugal dihalang oleh pertahanan Sepanyol.

50: Tendangan sudut kepada Sepanyol.

48: Percubaan jarak jauh Sepanyol tidak berjaya.

46: Permainan separuh masa kedua mula. Kedudukan 0-0.

45: Kedudukan masih 0-0; permainan separuh masa pertama sudah berakhir

44: Kad kuning ketiga dilayangkan kepada pemain Portugal – Fabio Coentrao

40: Kad kuning kedua dilayangkan pengadil kepada pemain Sepanyol – Sergio Ramos

30: Sekali lagi peluang Portugal untuk mendahului di depan, namun hampa apabila tendangan Cristiana Ronaldo tersasar

28: Tendangan Andres Iniesta hampir membolosi gawang, namun tersasar

26: Gawang Sepanyol cemas apabila Portugal terus melakukan asakan bertubi-tubi

25: Asakan Portugal berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan Sepanyol

23: Percubaan kali kedua Cristiana Ronaldo tersasar

20: Statistik permainan: 51 peratus bola dikuasai Sepanyol, 49 peratus oleh Portugal

18: Perlawanan semakin rancak. Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing

16: Tendangan percuma oleh Cristiano Ronaldo berjaya dikekang daripada membolosi gawang lawan

15: Kad kuning pertama dilayangkan pengadil kepada pemain sepanyol- Alvaro Aebeloa

11: Kedudukan masih terikat 0-0

9: Sepanyol semakin agresif dengan melakukan asakan bertubi-tubi

8.42 Percubaan pertama sepanyol menerusi Alvaro Arbeloa gagal apabila bola melambung tinggi melepasi gawang

5.42: Asakan sepanyol berjaya dikekang pertahanan portugal

3.53: Sepanyol melakukan asakan pertama ke arah gawang portugal

1.21: Tendangan pertama kepada portugal

1.20: Portugal melakukan asakan ke gawang sepanyol

Statistik permainan (separuh masa kedua):

– Kedudukan gol: (0) Sepanyol – (0) Portugal

– Penguasaan bola: 46% (Portugal) – 54% (Sepanyol)

– Sasaran ke gawang: (12) Portugal; (7) Sepanyol

– Sepakan penjuru: (6) Portugal; (3) Sepanyol

Barisan pemain Portugal

12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2  Bruno Alves
3  Pepe
5  Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4  Miguel Veloso
8  Joao Mountinho
17 Nani
9  Hugo Almeida
7  Cristiano Ronaldo

Barisan pemain Sepanyol

1  Iker Casillas
17 Alvaro Arbeloa
15 Sergio Ramos
3  Gerard Pique
18 Jordi Alba
8  Xavi Hernandez
16 Sergio Busquets
14 Xabi Alonso
21 David Silva
10 Cesc Fabregas
6  Andres Iniesta

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan