#EveryoneCanFlu: 13 Juruterbang AirAsia Di Serang Selesema – Beratus Penumpang Tersadai - pakdin.my

airasia-everyone-can-flu

Beratus-ratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang pada Selasa selepas ramai juruterbang AirAsia dilaporkan sakit.

Beberapa penerbangan dibatalkan malah ada yang ditangguhkan hingga memaksa penumpang bermalam di lapangan terbang.

Walaupun kebanyakan penerbangan yang terjejas adalah bagi perjalanan tempatan, penerbangan antarabangsa yang turut dilaporkan dibatalkan adalah untuk ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata sekurang-kurangnya 12 juruterbang menghidap selesema.

Jadual penerbangan menjadi kecoh selepas penerbangan terpaksa dijadualkan semula.

Beberapa penumpang diberitahu bahawa penerbangan mereka dipindahkan ke penerbangan lain tetapi kemudiannya dibatalkan.

UTAMA#EveryoneCanFlu: 13 Juruterbang AirAsia Di Serang Selesema - Beratus Penumpang Tersadai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium