Exco Agama Selangor Tidak Tahu Serbuan Jais ? - pakdin.my

ALKITAB versi bahasa Melayu diberikan kepada setiap orang Islam yang menyertai pertubuhan agama Kristian
 

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.

Menurut Sallehin, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut dan hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi media.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai serbuan ini dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya.

“Saya akan mendapatkan maklumat terpeinci…selepas itu nanti baru saya boleh memberi komen,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan 20 pegawai Jais melakukan serbuan terhadap PBM dan merampas lebih 300 Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAExco Agama Selangor Tidak Tahu Serbuan Jais ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium