Exco Kerajaan Negeri Pahang Meninggal Dunia - pakdin.my

Exco kerajaan negeri Pahang, Dato’ Tan Mohd Aminuddin Ishak, meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh kira-kira jam 9 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital, 5 Jun lalu berikutan komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Dilaporkan semua ahli keluarga berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor yang juga Ketua UMNO bahagian Maran itu, pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang.

Allahyarham turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal-Ehwal Peneroka Felda negeri Pahang.

UTAMABERITAExco Kerajaan Negeri Pahang Meninggal Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium