Exco Pemuda Kuala Nerus Terbunuh Dalam Nahas - pakdin.my

Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar

KUANTAN: Exco Pemuda Umno bahagian Kuala Nerus, Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar, 41, terbunuh dalam nahas apabila kereta yang dipandu rakannya terbabas di Km 240.5 Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke arah Jabor, Terengganu tengah hari Khamis.

Rakannya itu Kamal Rahaidi Abdul Halim, 41, dilaporkan parah.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

“Kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan, kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum merempuh tebing bukit.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan terbabit,” katanya.

Syed Hafizuddin yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Zainalabidin berkata mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala Ahmad Rahaidi turut dirawat di situ.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa hujan lebat.

 

UTAMABERITAExco Pemuda Kuala Nerus Terbunuh Dalam Nahas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium