25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 11, 2021

Fairuz pengsan lepas disoal alat sulit ‘bau ikan masin’

Berlaku kekecohan sewaktu pelakon dan penyanyi Indonesia, Fairuz A Rafiq hadir memberikan keterangan sebagai saksi berhubung kes ‘berbau ikan masin’ di Mahkamah Negeri di Jakarta, semalam.

Sewaktu perbicaraan tersebut, penyanyi lagu Pengalaman Pertama itu dilaporkan beremosi apabila ketiga-tiga peguam pembela Galih berterusan menggasaknya dengan soalan berkaitan alat sulit.

Kecewa dengan pertanyaan diajukan, Fairuz memohon peguam berkenaan hanya membicarakan soalan berdasarkan undang-undang.

“Kita fokus Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik, jangan soalan peribadi. Saya juga tak mahu tahu penyakit kamu apa kan?” katanya dipetik media Indonesia.

Fairuz hadir ke perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta, Selatan sambil ditemani suaminya, Sonny Septian yang turut memberi keterangan sebagai saksi.

Bagaimanapun, seorang daripada peguam tersebut iaitu Eri Kertanegara bersikukuh bahawa pertanyaan yang dibangkitkannya itu adalah wajar, kerana ia membabitkan tuduhan dibangkitkan ke atas anak guamnya.

Bagi menenangkan situasi tegang itu, hakim meminta agar Fairuz dan peguam Galih menghormati sidang perbicaraan sedang berlangsung.

Tahun lalu, Fairuz membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Galih Ginanjar, 31, gara-gara membuat kenyataan tidak senonoh bahawa alat sulitnya berbau seperti ikan masin.

Disebabkan kata-kata hinaan tersebut, Galih boleh berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun.

Aktor terbabit mendakwa alat sulit Fairuz yang juga pelakon sinetron itu berbau seperti ikan masin sewaktu diwawancara sebuah rancangan YouTube.

Selain itu, Fairuz, 33, turut membuat laporan terhadap pengendali akaun YouTube, Rey Utami dan Pablo Benua.

Kekecohan berlaku selepas hakim menangguhkan perbicaraan bagi menunaikan solat Asar apabila Fairuz tiba-tiba jatuh pengsan.

Insiden berlaku selepas Fairuz keluar hanya beberapa langkah dari bilik perbicaraan.

Ibu anak tiga itu didukung oleh suaminya selain dibantu seorang petugas media sebelum dibawa ke bilik rawatan. – Mkini

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.