Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
25,695
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Malaysia

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
25,695
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Indonesia

Indonesia
4,209,403
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
4,027,548
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
141,585
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Global

All countries
233,173,026
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
208,203,198
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
4,771,354
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Fakta Menakjubkan Ditonjolkan Oleh Misteri Pesawat #MH370

MH370-pesawat-gs

Penyelarasan operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang telah membangkitkan beberapa fakta menarik mengenai dunia penerbangan dan kapalterbang, termasuk bagaimana sebuah pesawat canggih Boeing 777 boleh hilang dengan mudah didalam era teknologi dan sistem perkhidmatan rangkaian lokasi  (network location service) moden.

Ada banyak perkara yang kita masih belum belajar dari maklumat terperinci kes tersebut, yang banyak didengar semua teori-teori dan spekulasi semata-mata, Kami telah mengumpul beberapa maklumat yang diterima dari penyiasatan yang telah dilakukan selama dua minggu ini.

Berikut adalah diantara 16 perkara yang dalam pemerhatian.

1. Beberapa bahagian Lautan Hindi boleh mencapai 25,000 kaki dalam. Itulah 20 kali ketinggian Menara Berkembar Petronas (KLCC) , setinggi 1,483 kaki tinggi.

2. Mati otak (brain death) boleh berlaku pada ketinggian 45,000 kaki di udara. Topeng oksigen pesawat hanya boleh bertahan kira-kira 10 hingga 15 minit untuk penumpang, masa yang cukup untuk juruterbang mengembalikan pesawat ke ketinggian yang lebih rendah.

3. Dua penumpang menggunakan pasport dicuri – satu dari Austria dan seorang dari Itali. Untuk menaiki penerbangan Selepas peristiwa serangan 9/11, Interpol telah memperkenalkan pangkalan data pasport hilang atau dicuri, yang mempunyai butir-butir lebih daripada 40 juta dokumen perjalanan yang dicuri atau hilang (pasport, dokumen pengenalan, visa) daripada 167 negara. Satu-satunya negara yang sentiasa memeriksa pelancong dengan pangkalan data adalah Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Switzerland menurut pegawai-pegawai Interpol.

4. Tumpuan yang mencabar adalah untuk mencari kotak hitam pesawat, yang terdiri daripada perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. Kedua-duanya berwarna jingga terang. Pencarian hanya mempunyai masa kira-kira 30 hari untuk mencari sebelum kotak berhenti memberi isyarat ping, menjadikannya pencarian menjadi lebih sukar. Walaupun selepas isyarat ping berhenti, bateri telah lupus guna untuk bertahun lamanya, maklumat data didalamnya tidak berubah.

MH370-black-box

5. Perakam data penerbangan akan merakam butiran  25 jam terakhir aktiviti pesawat, dari prestasi enjin dengan posisi permukaan kawalan penerbangan, manakala pita perakam suara kokpit merakam suara di dek penerbangan mengikut kitaran dua jam terakhir.

6. Kedua-dua perakam suara kokpit dan data penerbangan mampu untuk bertahan pada kedalaman laut 20,000 kaki, dengan kemampuan mengeluarkan isyarat pada jarak kira-kira 2 batu nautika, bergantung kepada persekitaran seperti keadaan laut. Isyarat boleh dikesan menggunakan peranti yang dikendalikan di permukaan air atau dihulur ke kedalaman. semakin dalam air lebih sukar  untuk mengesan isyarat ping pada kotak hitam.

7. Terdapat kira-kira 41,821 lapangan terbang di dunia, 13,513 di Amerika Syarikat sahaja.

8. Kuala Lumpur International Airport, Malaysia, merupakan lapangan terbang 28 paling sibuk di dunia dengan aliran trafik tahunan dianggarkan lebih daripada 37 juta pelancong. Atlanta, Ga, tempat pertama, dengan lebih daripada 92 juta orang yang melaluinya dan kedua adalah Lapangan Terbang Peking, Beijing dengan lebih daripada 78 juta.

9. Pengangkutan udara masih merupakan salah satu kaedah pengangkutan yang paling selamat. Secara purata, pelancong perlu mengambil satu penerbangan sehari untuk kira-kira 10,000 tahun sebelum mereka akan terlibat dalam kemalangan maut .

10. Majlis Keselamatan Pengangkutan Eropah (ETSC) menganggarkan 90 peratus daripada kemalangan pesawat di seluruh dunia adalah boleh diselamatkan.

11. Pilihan terbaik untuk memaksimumkan peluang anda untuk mengelak dari nahas kapal terbang adalah untuk duduk di bahagian hujung belakang pesawat. Satu kajian mendapati mereka yang duduk berhampiran ekor pesawat adalah 40 peratus lebih berpeluang untuk selamat daripada mereka yang berada pada beberapa baris pertama.

12. Operasi mencari ini berlaku di bahagian yang sangat terpencil di Lautan Hindi antara Australia dan Antartika dikenali sebagai “roaring forties” denga kelajuan angin dan laut yang terlalu bergelora.

13. Kelajuan arus permukaan di Lautan Hindi yang berhampiran dengan khatulistiwa adalah sekitar 1-2 knot. Sesuatu objek yang hanyut di dalam air di kawasan sekitar khatulistiwa boleh beralih antara 26-52 batu sehari (728 batu dalam 14 hari). Tetapi kira-kira 200 batu lebih jauh dari khatulistiwa, arus lebih lemah kurang dari 0.5 knot.

14. Boeing 777-200 sepanjang 70 ela dan memerlukan landasan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 kaki untuk mendarat dengan selamat. Tetapi pesawat itu tidak akan dapat berlepas pada landasan sepanjang itu.

15. Ramai juruterbang menggunakan simulator penerbangan. Mereka boleh memasang peranti dan perisian tersebt dirumah dan perisian  komputer peribadi yang paling murah boleh dibeli dengan harga kurang dari RM100 melalui pembelian atas talian manakala simulator yang canggih beserta dengan peranti untuk juruterbang profesional menelan belanja ribuan ringgit.

16. Pengalaman juruterbang dikira dalam jam penerbangan. Kapten Zaharie Ahmad Shah, memiliki lebih daripada 18,000 jam penerbangan. Kebanyakan syarikat penerbangan utama memerlukan juruterbang yang mempunyai sekurang-kurangnya 2,500 jam penerbangan, manakala syarikat penerbangan serantau secara amnya memerlukan minimum 1,500 jam.

Berkaitan