FAKTA MENGENAI KES OSA RAFIZI RAMLI - pakdin.my

20161116-rafizi-ltat-osa

Fakta mengenai kes OSA Rafizi Ramli:

1. Ramai yang lupa apakah yang telah “didedahkan” oleh YB Rafizi Ramli menggunakan dokumen OSA.

2. Pada bulan Mac 2016, YB Rafizi telah menggunakan dokumen OSA untuk menyokong dua dakwaan beliau – bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan Lembaga Tentera Angkataan Tentera (LTAT) dan ini telah membawa kepada seramai 110 veteran angkatan tentera tidak dibayar ganjaran mereka tepat pada masanya.

3. Hakikat bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan LTAT merupakan suatu maklumat yang diketahui umum sejak tahun 2013 apabila satu kenyataan umum telah dibuat oleh 1MDB bahawa ia telah menganugerahkan LTAT kontrak RM2.1 bilion bagi bahagian mereka untuk membina 8 pengkalan tentera di seluruh negara dan untuk kos memindahkan pangkalan udara Sungai Besi ke pangkalan udara pengganti baru seluas 750 ekar di Sendayan.

4. LTAT, yang juga memiliki Affin Bank, kemudiannya telah menjelaskan bahawa tidak ada kebenaran dalam dakwaan YB Rafizi. LTAT juga menjelaskan bahawa 70 daripada 110 veteran sudah dibayar manakala selebihnya menghadapi masalah kerana maklumat yang diberikan oleh veteran adalah tidak lengkap.

LTAT sejak itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi kerana memfitnah ke atas tuduhannya yang tidak berasas dan merosakkan itu.

5. YB Rafizi telah secara tidak perlu melanggar undang-undang OSA untuk tuduhan yang sama ada sudah pun menjadi maklumat umum atau satu fakta. Satu pengorbanan yang sia-sia.

6. Kami mendapat tahu bahawa sabitan OSA ini adalah kes mahkamah keempat di mana YB Rafizi Ramli telah kalah berturut-turut dalam tahun ini. Beliau didapati bersalah dan didenda oleh mahkamah kerana hasutan pada bulan Januari dan pada awal November.

Pada bulan Oktober, YB Rafizi juga didapati memfitnah National Feedlot Corporation (NFC) dan telah diarahkan untuk membayar RM300,000 sebagai ganti rugi. Mahkamah telah menyiasat dan memutuskan bahawa tidak ada kebenaran dalam dakwaan Rafizi bahawa NFC telah menggunakan atau memanfaatkan dana kerajaan untuk membeli hartanah. Satu tuduhan yang telah lama dibuat oleh pembangkang dan kini didapati tidak benar.

BARISAN NASIONAL
PASUKAN KOMUNIKASI STRATEGIK,
PUTRAJAYA.

14 NOVEMBER 2016.

20161116-rafizi-ramli-osa-rahman-dahlan

UTAMABERITAFAKTA MENGENAI KES OSA RAFIZI RAMLI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium