25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Fakta Yang Mengelirukan Peneroka felda

Bukan setakat mengelirukan peneroka Felda, tetapi jauh lari daripada fakta yang sebenar.

Satu lagi reaksi ke atas kenyataan Tengku Razaleigh bahawa peneroka berisiko kehilangan tanah apabila FGVH disenaraikan.

DATUK DR NORRAESAH MOHAMMD / AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO
Bahawa bahaya besar tanah akan kehilangan… Lari jauh dari kenyataan sebenar.

Tambahnya lagi, tidak akan timbul keadaaan keseluruhan saham FGVH dibeli pihak ketiga, sekaligus Felda akan kehilangan tanah miliknya.

Ia kerana badan induk tertentu dalam felda masih kekal sebagai pemegang saham terbesar bagi mengelakkan keadaan berkenaan.

Ujarnya lagi, peneroka ditetapkan beberapa syarat jika mahu menjual saham mereka dan FGVH akan tampil membeli saham yang ingin dijual bagi memastikan ia kembali kepada Felda.

Mengambil kira semua keadaan ini, Datuk Dr Norraesah kesal seorang pemimpin veteran seperti Tan Sri Razali sanggup mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.