FAS tarik diri selaku tuan rumah perlawanan Peringkat Kumpulan Piala AFC 2021 - pakdin.my

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menarik diri selaku hos bagi perlawanan-perlawanan Kumpulan H dan Kumpulan I Piala AFC 2021. Menurut kenyataan oleh FAS pada Khamis (27 Mei), ia sudahpun memaklumkan perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Perlawanan-perlawanan tersebut dijadual berlangsung antara 29 Jun hingga 6 Julai ini dan ia melibatkan kelab-kelab luar negara dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Para wakil Singapura bagi perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan adalah Lion City Sailors FC serta Geylang International FC.

FAS menyatakan pihaknya sudahpun bekerjasama dengan semua pihak untuk menyediakan persekitaran yang selamat bagi semua peserta perlawanan. Bagaimanapun, jelasnya, keadaan COVID-19 yang tidak menentu di rantau ini menimbulkan cabaran terhadap perjalanan pasukan luar negara ke Singapura.

“Demi kepentingan semua pemain, pegawai dan masyarakat setempat, FAS memutuskan untuk kepada perlawanan-perlawanan Peringkat Kumpulan Piala AFC 2021,” menurut kenyataan itu lagi.

“FAS mengucapkan terima kasih kepada AFC atas pemahamannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Piala AFC 2021.”

– BERITAmediacorp/FZ/fz

UTAMAGAYA HIDUPFAS tarik diri selaku tuan rumah perlawanan Peringkat Kumpulan Piala AFC 2021

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium