FDI di Malaysia naik kepada RM500.2 bilion pada suku ketiga 2015 - pakdin.my

malaysia-fdi

Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia meningkat kepada RM500.2 bilion pada suku ketiga 2015 berbanding RM477.4 bilion dicatatkan pada suku kedua tahun ini.

Sektor pembuatan kekal sebagai penerima FDI tertinggi iaitu 43.4 peratus diikuti sektor kewangan dan insurans (20.9 peratus) serta sektor maklumat dan komunikasi (9.4 peratus).

Tiga sumber negara utama bagi FDI adalah dari Singapura, Jepun dan Belanda, menurut Jabatan Perangkaan dalam kenyataan.

Nilai aset pegangan Malaysia di luar negara kekal melebihi nilai aset pegangan asing di Malaysia, dengan jumlah kedudukan aset kewangan meningkat sebanyak RM183.2 bilion kepada RM1.71 trilion berbanding RM1.53 trilion dicatatkan pada suku kedua.

Sementara itu, jumlah liabiliti naik RM71.1 bilion kepada RM1.57 trilion berbanding RM1.5 trilion pada suku kedua.

Pelaburan langsung mencatatkan kedudukan aset bersih RM101.4 bilion pada akhir suku ketiga 2015, bertambah RM56.4 bilion berbanding suku sebelumnya.

Stok Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) meningkat sebanyak RM79.2 bilion untuk mencatat RM601.6 bilion pada suku ketiga berbanding RM522.3 bilion dicatatkan pada suku kedua dengan destinasi utama DIA adalah Singapura, Indonesia dan Kanada.

“Bagi pelaburan portfolio, ia menunjukkan kedudukan liabiliti bersih RM299.7 bilion, meningkat berbanding penyusutan RM336.9 bilion dicatatkan pada suku kedua.

“Aset pelaburan portfolio meningkat kepada RM308.4 bilion berbanding RM274.6 bilion pada akhir suku sebelumnya,” menurut jabatan itu.

Sementara itu, jumlah nilai stok liabiliti pelaburan portfolio berkurangan sebanyak RM3.4 bilion kepada RM608.1 bilion berbanding RM611.5 bilion pada suku kedua.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM17.0 bilion pada suku ketiga kepada RM415.1 bilion berbanding RM398.1 bilion dicatatkan pada suku kedua.-

UTAMAEKONOMIFDI di Malaysia naik kepada RM500.2 bilion pada suku ketiga 2015

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium