FDI melonjak 42 peratus kepada RM26.4 bilion setakat September - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia melonjak 42peratus kepada RM26.4 bilion pada akhir September berbanding RM18.6 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata data terbaru Jabatan Perangkaan menunjukkan inisiatif kerajaan untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi sudah membuahkan hasil.

“Berdasarkan kepada aliran masuk FDI untuk tempoh sembilan bulan, ada kemungkinan jumlah FDI tahun ini boleh melepasi angka tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah FDI untuk 2010 ialah RM29.3 bilion, sementara 2009, ia berjumlah RM5 bilion.

Mustapa berkata, Malaysia sudah menerima FDI yang kukuh dalam suku-suku pertama dan kedua tahun ini, masing-masing berjumlah RM10.1 bilion dan RM11.07 bilion.

Bagaimanapun, FDI untuk suku ketiga menyederhana kepada RM5.17 bilion, sebahagiannya disebabkan oleh iklim ekonomi luar yang lemah, terutamanya krisis hutang zon Euro dan kelembapan ekonomi AS.

Mengenai pelaburan persendirian, Mustapa berkata kerajaan yakin mencapai sasaran RM94 bilion tahun ini. Pelaburan persendirian untuk tempoh Januari-September berjumlah RM75 bilion seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini.

UTAMABERITAFDI melonjak 42 peratus kepada RM26.4 bilion setakat September

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium