Baca…. https://pakdin.my Baca dulu baru tau Tue, 22 Sep 2020 10:35:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.5.1 https://pakdin.my/wp-content/uploads/2020/07/cropped-pakdin-ts-ico-32x32.png Baca…. https://pakdin.my 32 32 180135101 #PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi https://pakdin.my/prnsabah-penularan-covid-19-di-sabah-sandiwara-kata-calon-warisan-mohamaddin-ketapi/ https://pakdin.my/prnsabah-penularan-covid-19-di-sabah-sandiwara-kata-calon-warisan-mohamaddin-ketapi/#respond Tue, 22 Sep 2020 09:51:37 +0000 https://pakdin.my/?p=129479 Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar” tuduh Ketapi.

Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan kes Covid di Sabah hanya satu lagi sandiwara untuk menakutkan orang Cina (dia kata orang Melayu tak takut Covid) seperti dalam klip video ceramah dia hari itu:

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

]]>
https://pakdin.my/prnsabah-penularan-covid-19-di-sabah-sandiwara-kata-calon-warisan-mohamaddin-ketapi/feed/ 0 129479
SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah https://pakdin.my/sprm-siasat-kes-beli-undi-awal-prnsabah/ https://pakdin.my/sprm-siasat-kes-beli-undi-awal-prnsabah/#respond Tue, 22 Sep 2020 08:45:08 +0000 https://pakdin.my/?p=129473 KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik.

Sumber memaklumkan mereka ditahan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung “tindakannya yang menjadi wakil kepada parti politik itu”.

“Wang itu dipercayai akan diberikan kepada anggota agar mengundi parti berkenaan hari ini,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

Pengundian awal bagi 16,877 polis dan tentera serta pasangan masing-masing bermula 8 pagi tadi.

]]>
https://pakdin.my/sprm-siasat-kes-beli-undi-awal-prnsabah/feed/ 0 129473
[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah https://pakdin.my/video-shafie-mengaku-lantik-keluarga-orang-semporna-dalam-jabatan-glc-prnsabah/ https://pakdin.my/video-shafie-mengaku-lantik-keluarga-orang-semporna-dalam-jabatan-glc-prnsabah/#respond Tue, 22 Sep 2020 07:11:02 +0000 https://pakdin.my/?p=129468 “Unity” apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah?

“Sabah for Sabahans” atau “Sabah for Shafie”?

Time minta undi, laung “Unity”. Time menang, semua dia bolot sesama geng sendiri.

Rujukan:
Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?
http://sabahkini2.com/en/news/3063/video-hipokrasi-5-shafie-mengaku-lantik-keluarga-orang-semporna-dalam-jabatan-glc-kaum-lain-dapat-apa/view

Shafie nafi dakwaan jawatan kanan k’jaan negeri dipegang orang Semporna
https://www.malaysiakini.com/news/509908

]]>
https://pakdin.my/video-shafie-mengaku-lantik-keluarga-orang-semporna-dalam-jabatan-glc-prnsabah/feed/ 0 129468
Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin https://pakdin.my/zahid-hamidi-tunggu-keputusan-kedua-ujian-covid-19-perbicaan-tunda-isnin/ https://pakdin.my/zahid-hamidi-tunggu-keputusan-kedua-ujian-covid-19-perbicaan-tunda-isnin/#respond Tue, 22 Sep 2020 06:24:54 +0000 https://pakdin.my/?p=129464 PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, prosiding itu tidak dapat dijalankan hari ini kerana semalam, selepas prosiding pagi berlangsung, Ahmad Zahid telah bergegas ke Pusat Perubatan (KPJ) untuk menjalani ujian kesihatan.

Ini kerana Ahmad Zahid telah pergi ke Sabah untuk hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) itu untuk kali ke-16, minggu lepas.

Justeru Ahmad Zahid mengambil langkah kesihatan dengan melakukan ujian semalam selepas mahkamah berehat untuk makan tengah hari.

Pada sebelah pagi, prosiding sambung bicara Ahmad Zahid yang berhadapan dengan 47 pertuduhan termasuk pecah amanah , rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan Yayasan Akal Budi, menampilkan saksi ke-90 iaitu bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN).

Saksi berkenaan, Mejar Mazlina Mazlan sebelum ini telah memberi keterangan bersumpahnya yang ‘dilihat’ sebagai saksi ‘penting’ barisan pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pemeriksaan balas dilakukan oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal pada 28 Ogos lalu iaitu kira-kira dua minggu lepas.

Semalam, pemeriksaan balas ke atas Mazlina bersambung dan berhenti pada waktu rehat tengah hari.

Prosiding sambung bicara dijalankan seperti biasa di hadapan hakim bersidang, Collin Lawrence Sequerah dengan barisan pembelaan diketuai oleh Hisyam Teh Toh Teik.

Menurut salah seorang peguam Ahmad Zahid, ujian kesihatan Covid-19 yang dilakukan oleh Presiden UMNO itu pada tengah hari semalam adalah negatif.

“Akan tetapi Datuk Seri Zahid perlu membuat ujian kali kedua dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh 24 jam atau secepat mungkin.

“Hari ini, kita masih lagi menunggu keputusan ujian kesihatan Covid-19 Datuk Seri Zahid,” kata Hamidi Mohd. Noh melalui mesej WhatsApp kepada SUARA MERDEKA sebentar tadi.

Memandangkan kes perbicaraan Ahmad Zahid tidak dapat bersambung hari ini, Mahkamah memutuskan prosiding bicara bersambung pada Isnin depan.

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin
Datuk Seri Zahid perlu membuat ujian kali kedua dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh 24 jam atau secepat mungkin.

]]>
https://pakdin.my/zahid-hamidi-tunggu-keputusan-kedua-ujian-covid-19-perbicaan-tunda-isnin/feed/ 0 129464
[Video] Pengundian awal #PRNSabah https://pakdin.my/video-pengundian-awal-prnsabah/ https://pakdin.my/video-pengundian-awal-prnsabah/#respond Tue, 22 Sep 2020 04:05:52 +0000 https://pakdin.my/?p=129460 Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan

#PRNSabah
#RaduTatapRadu
#RaduSampaiRata
#UndiBN

 

]]>
https://pakdin.my/video-pengundian-awal-prnsabah/feed/ 0 129460
#PRNSabah: Pengundian awal bermula https://pakdin.my/prnsabah-pengundian-awal-bermula/ https://pakdin.my/prnsabah-pengundian-awal-bermula/#respond Tue, 22 Sep 2020 02:42:16 +0000 https://pakdin.my/?p=129457 KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab.

Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis bersama pasangan masing layak untuk mengundi.

Tinjauan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati proses pengundian awal anggota polis dijalankan di Mes Pegawai IPK Sabah berjalan lancar.

Selain itu, proses pengundian awal juga dijalankan di Kem Lok Kawi dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Sepanggar.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 dan pengundian awal berakhir 5 petang.

Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada SOP seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran.

Setiausaha Ikmalrudin Ishak dilaporkan berkata, peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraan kertas undian dibuat Sabtu ini.

]]>
https://pakdin.my/prnsabah-pengundian-awal-bermula/feed/ 0 129457
Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan https://pakdin.my/penghinaan-terhadap-pasukan-keselamatan-tidak-dapat-dimaafkan/ https://pakdin.my/penghinaan-terhadap-pasukan-keselamatan-tidak-dapat-dimaafkan/#respond Mon, 21 Sep 2020 12:25:29 +0000 https://pakdin.my/?p=129452 Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, menyifatkan bahawa penghinaan berterusan terhadap warga pertahanan dan keselamatan yang mempertahankan tanah air dan kedaulatan negara ini tidak dapat dimaafkan.

“Apakah beliau sedar bahawa setiap anggota keselamatan menyabung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan Sabah dan bumi Malaysia ini dari serangan pengganas yang menyeberangi lautan dari Pulau Siminul Filipina untuk memastikan rakyat dan bumi ini tidak ditakluk atau diceroboh.

“Keamanan yang beliau nikmati hari ini hasil dari semua pejuang-pejuang yang terdiri dari anggota-anggota keselamatan pelbagai agensi yang menggadaikan nyawa setiap saat dan waktu memastikan keamanan,” katanya menerusi laman blognya hari ini.

Beliau juga dalam satu kenyataan menyatakan tuduhan ahli politik terbabit adalah satu kenyataan biadap serta penghinaan kepada seluruh pasukan keselamatan negara khususnya kepada 10 keluarga anggota yang terkorban dalam peristiwa itu.

“Seluruh pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui akan kebenaran peristiwa itu dan tidak ada mana-mana pihak mempertikaikan secara terbuka berkaitan kebenaran peristiwa ini.

“Dalam suasana negara baharu sahaja menyambut Hari ATM yang ke-87, pada 16 September lalu, tuduhan ini mencerminkan betapa beliau tidak memahami serta memandang rendah pengorbanan pasukan keselamatan negara,” katanya.

Ismail juga turut mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan dan rasa tidak selesa mana-mana pihak khususnya perkara yang membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Terdahulu, calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Mohamaddin Ketapi dilaporkan mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapannya yang tular di media sosial, beliau berkata pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku.

Bagaimanapun, beliau tampil memohon maaf kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda mereka yang tersebar sebelum ini.

]]>
https://pakdin.my/penghinaan-terhadap-pasukan-keselamatan-tidak-dapat-dimaafkan/feed/ 0 129452
[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’ https://pakdin.my/video-prnsabah-warisan-dakwa-penularan-covid-19-di-sabah-sandiwara-fitnah-terhadap-front-liners/ https://pakdin.my/video-prnsabah-warisan-dakwa-penularan-covid-19-di-sabah-sandiwara-fitnah-terhadap-front-liners/#respond Mon, 21 Sep 2020 08:40:24 +0000 https://pakdin.my/?p=129445 Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara.

Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/

Mereka kata orang Melayu tak takut Covid. Hanya kaum Cina sahaja yang takut Covid.

Hanya sebab nak rebut kuasa, Warisan Plus sanggup memfitnah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan serta seluruh barisan front-liners dan menjejaskan kesihatan orang awam.

]]>
https://pakdin.my/video-prnsabah-warisan-dakwa-penularan-covid-19-di-sabah-sandiwara-fitnah-terhadap-front-liners/feed/ 0 129445
Jangan kompromi isu keselamatan: Bung https://pakdin.my/jangan-kompromi-isu-keselamatan-bung/ https://pakdin.my/jangan-kompromi-isu-keselamatan-bung/#respond Mon, 21 Sep 2020 07:47:07 +0000 https://pakdin.my/?p=129343 TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan kawasan sempadan perlu dikawal dengan ketat bagi mengekang sebarang cubaan pembolosan oleh pihak asing.

“Jika benar khabar angin yang mendakwa kehadiran mereka (kumpulan warga asing) secara besar-besaran yang bertujuan membuat huru-hara, maka pihak keselamatan jangan bertolak ansur.

“Kita tahu yang Filipina dengan sentimennya yang masih mahu menuntut Sabah walaupun pada hakikatnya negeri ini adalah milik Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataaan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkaitan maklumat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa mahu membuat kekacuan pada PRN Sabah kali ini.

Terdahulu, Bung dalam ucapannya pada kempen dan perjumpaan jentera BN di Bandar Sri Indah di sini, malam tadi, menegaskan tindakan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang meminta kerajaan Persekututan berunding dengan Filipina mengundang kekeliruan dikalangan rakyat.

“Dia (Shafie) ini mesra Filipina. Saya tidak tahu kenapa dia ni begini. Soal keselamatan, kedaulatan negara dan negeri mana boleh di runding-runding dan kita memang bantah.

“Sebab itu juga, kita memberi jaminan, dalam ‘Aku Janji’ yang kita dlancarkan baru-baru ini, kerjaan tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan dari mana-mana pihak yang mahu tuntut negeri Sabah.

“Kita tidak akan biarkan satu inci pun bumi Sabah dimiliki oleh negara luar. Tidak ada runding-runding, ini negeri kita yang merdeka di dalam Malaysia,” tegasnya.

Pada perjumpaan yang dihadiri kira-kira 200 anggota jentera dan penyokong bersama ketiga-tiga calon BN bagi Dun Balung, Kukusan dan Tanjung Batu itu berlangsung kira-kira 40 minit berikutan arahan pihak keselamatan yang hanya memberi kebenaran program diadakan sehingga 10 malam susulan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah ini.

Rujukan:
https://pakdin.my/prnsabah-polis-sahkan-cubaan-warganegara-jiran-masuk-mengundi-video/

]]>
https://pakdin.my/jangan-kompromi-isu-keselamatan-bung/feed/ 0 129343
Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom https://pakdin.my/pakar-british-australia-maut-ketika-mematikan-bom/ https://pakdin.my/pakar-british-australia-maut-ketika-mematikan-bom/#respond Mon, 21 Sep 2020 06:46:28 +0000 https://pakdin.my/?p=129339 HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan mereka mematikan bom tinggalan Perang Dunia Kedua.

Polis dilaporkan berkata, letupan berlaku tengah hari semalam di bandar ini dan kedua-dua mangsa terbabit meninggal dunia ketika sedang dihantar ke hospital.

Pertubuhan kebajikan Bantuan Rakyat Norway (NPA) yang mengutip pangkalan data bahan letupan tidak meletup di Pulau Solomon mengesahkan dua petugasnya maut.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Stephen ‘Luke’ Atkinson warga British dan Trent Lee rakyat Australia.

“Ini insiden yang tragik. Setakat ini kita dimaklumkan berlaku letupan yang mengakibatkan kematian.

“Keutamaan kami sekarang ialah menghulurkan bantuan kepada saudara mara dan ahli keluarga mangsa serta menjelaskan perkara sebenar,” kata NPA dalam satu kenyataan.

Pulau Solomon dikenali sebagai tapak pertempuran hebat di antara pihak Bersekutu dengan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Selepas peperangan tamat, banyak kelengkapan dan aset peperangan termasuk peluru, periuk api dan sisa letupan ditinggalkan di pulau berkenaan.

NPA bekerja dengan polis Pulau Solomon untuk membuat kaji selidik tahap bahaya bahan letupan tinggalan perang dan membangun program mengumpul letupan di seluruh kepulauan itu.

Badan kebajikan itu berkata, Pulau Solomon mempunyai tinggalan bahan letupan yang bukan saja berisiko untuk meletup, bahkan tidak musnah selepas 75 tahun selain mengandungi bahan kimia yang mencemarkan alam sekitar.

NPA turut mengesahkan aktiviti memusnahkan bom dihentikan segera buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan rapi kejadian letupan yang ‘menggegarkan’ itu dapat dilakukan.

“Siasatan perlu disiapkan sebelum bagi mencari punca kejadian,” kata NPA.

NPA berkata, bahan letupan sering ditemui di tapak pembinaan, kawasan batu karang, ladang, hutan dan kebun pinggir bandar di pulau itu serta dijadikan mainan kanak-kanak yang menemuinya. – AFP

]]>
https://pakdin.my/pakar-british-australia-maut-ketika-mematikan-bom/feed/ 0 129339