FELCRA sasar bangunkan 100,000-200,000 ekar ladang sawit di Sarawak - pakdin.my

Pengerusi FELCRA Datuk Tajuddin Abdul Rahman bersama Ketua Menteri Sarawak.

KUCHING: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) menyasar membangunkan antara 100,000 hingga 200,000 ekar tanah bagi tujuan perladangan kelapa sawit di Sarawak.

Pengerusi FELCRA Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang berkata demikian memberitahu, modal yang besar diperlukan memandangkan tanah yang cuba dipohon daripada kerajaan negeri terletak di kawasan pedalaman.

“Ia satu cabaran yang besar bagi kami. Kami kena teroka dan menjalankan kajian. Itu yang sangat mencabar kerana pelaburan dalam bidang perladangan ini besar,” katanya kepada pemberita sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.

Menurut beliau, FELCRA yang kini telah membangunkan 51,000 hektar lading sawit boleh menguruskan lading antara 100,000 dan 200,000 ekar di Sarawak berdasarkan keupayaan sekarang.

Dengan keluasan yang dibangunkan, FELCRA telah memberi manfaat kepada 16,000 orang dan mengagihkan dividen RM154 juta untuk negeri ini.

Hasrat untuk membabitkan lebih ramai penduduk dalam rancangan pembangunan ekonominya, FELCRA menurut beliau memerlukan tanah yang lebih luas.

“Tujuan kami buat kunjungan hari ini (semalam) ialah untuk memaklumkan kepada Ketua Menteri berhubung kegiatan FELCRA dalam membantu pembangunan penduduk luar bandar.

“Di samping itu kami juga memaklumkan cadangan untuk mengembangkan lagi perladangan di Sarawak.

“Kami mohon kerjasama daripada kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah yang boleh kami majukan,” katanya.

UTAMABERITAFELCRA sasar bangunkan 100,000-200,000 ekar ladang sawit di Sarawak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium