26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Felda Bayar Bonus RM102.12 Juta Kepada Peneroka Yang Layak

najib-feldaKUALA LUMPUR  — Felda sudah menjelaskan bayaran berjumlah RM102.12 juta sebagai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP) bagi tahun 2012 kepada peneroka tanah rancangan yang layak di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata semua pembayaran itu selesai pada minggu ketiga Dis 2012 membabitkan 94,839 daripada 112,635 peneroka sebagai tanda menghargai sokongan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara.

“Asas kepada pembayaran dibuat berdasarkan dua perkara, iaitu kesetiaan peneroka bersama Felda dalam pelaksanaan tanam semula dan produktiviti hasil kebun peneroka yang dihantar ke kilang milik Felda,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Ahmad Maslan juga memberitahu bahawa bayaran BIPP untuk 2012 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya di mana pada 2011 pembayaran BIPP melibatkan jumlah RM101.87 juta kepada 94,317 peneroka.

Beliau tutut memberi jaminan pembayaran bonus yang masuk kali kesembilan sejak dimulakan pada 2004 akan diteruskan pada masa hadapan memandangkan ia sebagai satu cara menarik peneroka untuk terus menjual hasil kepada Felda.

Terdahulu, Ahmad Maslan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Program Transformasi Kerajaan (GTP): Aspirasi Negara Harapan Rakyat’ pada seminar Transformasi Felda 2012 yang disertai 636 warga pengurusan kanan Felda.






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan