31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Felda & FGVH Tandatangan Ikrar Integriti Korporat Dengan SPRM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) melihat kandungan dokumen perjanjian persefahaman diantara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Pakatan Intergriti di Bangunan Parlimen, hari ini.

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) pada Isnin menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pakatan Integriti (IP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

CIP dan IP itu ditandatangani Pemangku Pengurus Besar Felda Datuk Suhaimi Zainuddin, Presiden Kumpulan FGVH Datuk Sabri Ahmad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Majlis disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Pada sidang media selepas itu, Abu Kassim berkata CIP merupakan akujanji Felda untuk menyokong usaha kerajaan yang memberi penekanan kepada aspek integriti.

Katanya langkah itu juga bagi memastikan syarikat-syarikat seperti syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat milik kerajaan agar akur kepada undang-undang terutamanya membabitkan isu perolehan dan aktiviti yang berkaitan dengan hasil.

Abu Kassim berkata SPRM akan mewujudkan kesedaran akan pentingnya integriti bukan saja pada kalangan warga Felda tetapi juga pihak lain yang berurusan dengan institusi tersebut.


SPRM juga katanya akan mencadangkan kepada Felda agar melaksanakan kursus khas kepada semua pembekal mereka dan keperluan untuk menandatangani sejenis akuan bahawa mereka menyokong usaha anti rasuah dan meningkatkan integriti dalam organisasi korporat.

“Apabila ikrar integriti korporat ini ditandatangani, salah satu syarat yang kita minta ialah perbincangan antara pihak Felda akan dibuat.

“Pelaporan berbentuk berkala dalam bentuk tiga bulan atau empat bulan sekali akan dilaksanakan untuk melihat apakah bidang-bidang yang boleh dibantu dan juga inisitiaf lain yang boleh dibuat untuk meningkatkan integriti korporat,” katanya.

Katanya apabila integriti menjadi penekanan dalam sesebuah organisasi, langkah itu akan dapat menambah kekuatan organisasi tersebut bagi mengatasi masalah kebocoran (daripada segi kewangan) serta dapat meningkatkan hasil.

Sementara itu bercakap pada sidang media yang sama, Isa berkata langkah menandatangani CIP dan IP tersebut adalah selaras hasrat Felda yang menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membanteras rasuah.

“Oleh kerana itu, kita menandatangani perjanjian bersama dengan SPRM dalam usaha menjadikan Felda Global dan Lembaga Felda lebih baik dari segi integriti dan kredibitliti.

“Perdana Menteri selaku menteri yang menjaga Felda bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh pihak Felda dan Felda Global,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...