Fenomena air laut pasang, penduduk bina benteng pasir - pakdin.my

20160919-benteng-pasir-kg-delek

Air laut pasang luar biasa di Pelabuhan Klang awal pagi tadi, memaksa penduduk beberapa kampung berhampiran bergotong royong membina benteng pasir.

Kerja-kerja itu melibatkan Kampung Delek, Kampung Delek Baru, Telok Gedong, Tanjung Harapan dan Jalan Meru, apabila air laut mula mengenangi penempatan mereka.

Hujan lebat dan angin kencang awal pagi tadi juga menambahkan rasa cemas penduduk yang khuatir kampung mereka dilanda banjir kilat.

Beberapa pokok turut tumbang melintangi jalan raya akibat angin kencang menyebabkan berlaku kesesakan teruk dan menjejaskan orang ramai ke tempat kerja.

 Fenomena air laut melimpah naik ke darat itu berlaku di kawasan pantai kini kembali sejak semalam, terutama di Klang, Jeram Pelabuhan Klang dan Port Dickson.

Sejak semalam, semua kawasan itu sudah dinaiki air dan dijangka naik lebih tinggi dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, ia biasanya berlaku selama empat hari berturut-turut dan mahu penduduk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

UTAMABERITAFenomena air laut pasang, penduduk bina benteng pasir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium