Fenomena Ombak Beku Melanda Pantai Timur Amerika - pakdin.my

Ombak pun turut beku di pantai timur Amerika Syarikat Rabu lalu. Menurut nelayan tempatan inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena sedemikian rupa.
Ombak pun turut beku di pantai timur Amerika Syarikat Rabu lalu. Menurut nelayan tempatan inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena sedemikian rupa.

NANTUCKET (AS): Ini bukan alunan ombak rindu tetapi ombak beku.

Fenomena yang jarang-jarang dilihat ini telah dirakamkan oleh seorang peluncur, Jonathan Nimerfroh di pantai Nantucket, Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk melanda pantai timur Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini.

Bagaimanapun, di daerah ini, suhu menjadi tersangat sejuk sehingga ombak pun telah mula membeku.

Ia adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku tetapi ombak beku yang digelar ‘slurpee waves’ ini telah berjaya dirakamkan oleh Nimerfroh.

Nimerfroh yang ke pantai untuk bermain luncur ombak sebaliknya dia melihat di ufuk pantai fenomena pelik iaitu ombak yang membeku.

Nimerfroh kemudiannya memuatnaik gambar yang diambilnya itu dalam laman Instagramnya pada Rabu.

Pada keesokan harinya, dia sekali lagi ke pantai yang sama dan mendapati ombak yang membeku itu masih berada di situ.

Dia kemudiannya bertanya kepada para nelayan tempatan dan mereka berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena ombak beku.

UTAMADUNIAFenomena Ombak Beku Melanda Pantai Timur Amerika

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium