Video: Filem ‘Tanda Putera’ Ditayang Kepada Umum 29 Ogos Depan - pakdin.my

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek mengesahkan filem kontroversi tentang peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Tanda Putera bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan.

Tanda-Putera

“Tanda Putera akan ditayangkan kepada umum pada 29 Ogos depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Isnin.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan berbilang kaum masyarakat negara ini.

Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Ahmad Shabery menerusi laporan akhbar pada Khamis lalu menggesa pihak Finas agar membenarkan filem ditayangkan.

Katanya, dengan tayangan filem itu, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap mesej yang disampaikan mengenai kisah sejarah negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969

UTAMABERITAVideo: Filem ‘Tanda Putera’ Ditayang Kepada Umum 29 Ogos Depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium