Firma China nafi dana diseleweng untuk bantu 1MDB bayar hutang - pakdin.my

China Petroleum Pipeline Bureau (CPP) menafikan dakwaan pinjaman yang diterimanya untuk projek saluran paip gas di Malaysia telah disalah guna.

Ini ekoran dakwaan pinjaman CPP diubah dan digunakan untuk membantu 1MDB membayar hutang.

“Kami mahu menjelaskan kesemua dana daripada Exim Bank hanya dibayar terus kepada akaun bank CPP.

“Ini selaras dengan peraturan perbankan antipenggubahan wang haram, regulasi dan perjanjian yang sah di sisi undang-undang serta ditandatangani.

“Tidak ada sama sekali dana yang dibayar kepada sebarang syarikat pihak ketiga yang berpengkalan di Cayman Island dan/ atau apa juga syarikat-syarikat,” kata CPP dalam suatu kenyataan hari ini.

Firma itu mendakwa sebarang tuduhan yang sebaliknya adalah “sama sekali tidak benar.”

CPP ialah kontraktor yang dilantik oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) untuk dua projek saluran paip gas di Kedah dan Sabah.

UTAMAEKONOMIFirma China nafi dana diseleweng untuk bantu 1MDB bayar hutang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium