Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr. Syed Husin Ali dan penulis artikel bertajuk ‘Felda Bankrap’, Rusnizam Mahat secara bersama-sama atau berasingan membayar ganti rugi RM2 juta kepada FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd, (FGVH).
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan FELDA dan FGVH yang tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi RM70,000 yang ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin pada 13 Februari lalu.
Menurut hakim itu, jumlah ganti rugi RM70,000 tersebut terlalu rendah dan perlu ditambah bersesuaian dengan kedudukan FELDA sebagai badan berkanun.
Pada 17 Oktober 2014, Hakim Datuk Kamaludin Md. Said membuat keputusan yang memihak kepada FELDA dalam kes saman fitnah RM200 juta dan memerintahkan supaya jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam ditaksirkan.
Tiga pihak terbabit dinamakan sebagai pihak defendan dalam saman tersebut berhubung dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah FELDA dalam Suara Keadilan.
Pada 16 Ogos 2010, FELDA dan anak syarikatnya itu memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Syed Husin, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam.
Namun begitu pada 30 September 2014 Dzulkarnain memohon maaf kepada FELDA dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel tersebut kerana ia palsu dan tidak benar dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan dan merosakkan reputasi mereka.
padan muko
Lelong rumah di Bukit Segambut
Bagusssss.
Adoii…kne bt pungutan derma lgi….???
Syukur kena byar kat felda 2 juta…boleh bg bonus tambahan utk peneroka…tq jijah…huhuhu
padan muka benda yg takkenamengena dengan dia pon nak campur tangan padan mukaaaa
Nenek ned mana? Sila jawab isu ini
Pirahhlah pembangang ni…
Hidup asyik nk fitnah orang je….
Buatlah kerja2 ke arah kebaikan..kebajikan…
Maner nyer nk ngaku…perrreeeeah
Papa Gomo boleh bayar 950,000 pada Anwar … ini mcm kacang ja! Bila nak bayar
Mcm nie yg kita mahu…. Klau kata fitnah…. Saman terus… Jgn biar fitnah bercambah sampai dimalukan di seluruh dunia…berani kerana tidak melakukan sebarang kesalahan… Syabas juga buat PAS kerana berani menyaman Serawak Report…
Pandai2 je tuduh bankrap. Aku ganerasi felda. Cuma nak tanya 1, bilakah perumahan ganerasi kedua nak siap??
ko buat la rumah sendiri…. dah jenuh kerajaan duk tolong… tak kan tu pun masih nak mintak mintak….cukup2 la…
WOW!!!!! Hal perumahan ganerasi kedua felda rupa2 nya berkaitan dgn kerajaan ye Gajah Mati
Kau warga felda ke?
Buat keja iblis..fitnah dibuatnya macam mkn Nasi..kn dh kena..Tu baru hukum dunia..
tahniah…. saman kalau main fitnah je…. tunggu apa…
Ini baru betul saman….mana yg betul, mesti saman…Baru depa takut nak buat fitnah…nak buat camno, ikut aje la….
Ini baru betul saman….mana yg betul, mesti saman…Baru depa takut nak buat fitnah…nak buat camno, ikut aje la….