Fitnah FELDA Bankrap: Wan Azizah Bersama 3 Yang Lain Di Perintah Bayar Ganti Rugi RM2 Juta - pakdin.my

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr. Syed Husin Ali dan penulis artikel bertajuk ‘Felda Bankrap’, Rusnizam Mahat secara bersama-sama atau berasingan membayar ganti rugi RM2 juta kepada FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd, (FGVH).

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan FELDA dan FGVH yang tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi RM70,000 yang ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin pada 13 Februari lalu.

Menurut hakim itu, jumlah ganti rugi RM70,000 tersebut terlalu rendah dan perlu ditambah bersesuaian dengan kedudukan FELDA sebagai badan berkanun.

Pada 17 Oktober 2014, Hakim Datuk Kamaludin Md. Said membuat keputusan yang memihak kepada FELDA dalam kes saman fitnah RM200 juta dan memerintahkan supaya jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam ditaksirkan.

Tiga pihak terbabit dinamakan sebagai pihak defendan dalam saman tersebut berhubung dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah FELDA dalam Suara Keadilan.

Pada 16 Ogos 2010, FELDA dan anak syarikatnya itu memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Syed Husin, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam.

Namun begitu pada 30 September 2014 Dzulkarnain memohon maaf kepada FELDA dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel tersebut kerana ia palsu dan tidak benar dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan dan merosakkan reputasi mereka.

UTAMABERITAFitnah FELDA Bankrap: Wan Azizah Bersama 3 Yang Lain Di Perintah Bayar...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium