Fitnah @malaysiakini: Jabatan Peguam Negara Nafi Keluar Arahan Perpindahan DPP SPRM - pakdin.my

malaysiakini-ahmad-shazalee

Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan perpindahan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

Twitter rasmi jabatan itu pada lewat malam Isnin memaklumkan bahawa arahan sedemikian tidak dikeluarkan agensi tersebut.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan bahawa DPP itu diarahkan untuk kembali ke AGC walaupun tempoh pinjamannya dilanjutkan sehingga 2017.

Ahmad Shazalee antara DPP yang terlibat menyiasat kes SRC International iaitu bekas anak syarikat milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang berkhidmat di bahagian khas operasi SPRM berkata terkejut mengenai arahan perpindahan secara tiba-tiba itu.

“Saya juga terkejut. Saya masih datang ke pejabat SPRM, tiada siapa memberitahu saya apa-apa mengenai arahan perpindahan,” kata Ahmad Shazalee pada Isnin.

Pada Ogos lalu, Ahmad Shazalee adalah seorang daripada enam pegawai SPRM yang ditahan polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kebocoran maklumat berkaitan siasatan pasukan petugas khas 1MDB.

Polis menyerbu rumah beliau di Persint 11, Putrajaya dan pejabat Badan Operasi Khas SPRM di Presint 3.

Beberapa kotak fail dan komputer riba antara yang dirampas daripada agensi itu.

https://twitter.com/AGCPutrajaya/status/661188526352896000
https://twitter.com/malaysiakini/status/661124136064843776
 

UTAMAFitnah @malaysiakini: Jabatan Peguam Negara Nafi Keluar Arahan Perpindahan DPP SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium