Fitnah @malaysiakini: SPRM kesal tindakan laga-lagakannya dan AGC - pakdin.my

malaysiakini-ahmad-shazalee

“Saya kesal laporan ini seolah-olah cuba melaga-lagakan SPRM dengan Jabatan Peguam Negara kerana mendakwa Ahmad Shazalee dipindahkan atas arahan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Oktober lalu dan hanya diketahui SPRM pada Jumaat lepas”.

Itu kata Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berhubung laporan sebuah portal berita mengenai pemindahan secara mengejut Timbalan Pendakwa Rayanya, Ahmad Shazalee Abdul Khairi yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan SRC International Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan perpindahan Ahmad Shazalee dari SPRM.

Twitter rasmi AGC memaklumkan bahawa arahan sedemikian tidak dikeluarkan sekaligus menafikan laporan portal berita tersebut yang mendakwa Ahmad Shazalee diarahkan kembali ke AGC walaupun tempoh pinjamannya dilanjutkan sehingga 2017.

Ahmad Shazalee antara DPP yang terlibat menyiasat kes SRC International iaitu bekas anak syarikat milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, laporan portal berita terbabit mendakwa, Ahmad Shazalee dipindahkan secara mengejut dan dilihat sebagai kemungkinan gangguan berterusan ke atas siasatan SRC International Sdn. Bhd.
Timbalan Pendakwa Raya itu sebelum ini pernah ditahan pihak polis pada 1 Ogos lalu dan dibebaskan selepas siasatan dilakukan pada hari yang sama.
Polis menyerbu rumah beliau di Persint 11, Putrajaya dan pejabatnya di Badan Operasi Khas SPRM di Presint 3.

Beberapa kotak fail dan komputer riba antara yang dirampas daripada agensi itu.

https://twitter.com/malaysiakini/status/661124136064843776
https://twitter.com/AGCPutrajaya/status/661188526352896000

UTAMAFitnah @malaysiakini: SPRM kesal tindakan laga-lagakannya dan AGC

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium