Sunday, June 20, 2021

Fitnah media sosial ubah paradigma pemikiran masyarakat – @NajibRazak #kekalnajib

Must Read

najib-huluselangor-3

KUALA KUBU BHARU: “Bukan kita tidak mahukan kebebasan, tetapi kita cuma tidak mahu kebebasan mutlak sehingga perkara yang tidak benar dianggap sebagai benar dan diterima.

“Ini tidak adil. Kita kena betulkan.”

Itu yang diucapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor, Ahad.

Sehubungan itu, Najib mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemas undang-undang bagi menangani fitnah yang tersebar di media sosial.

Menurutnya, serangan fitnah menerusi laman media sosial jika dibiarkan berterusan hanya akan mengubah paradigma pemikiran rakyat.

Untuk itu juga, beliau mengingatkan semua ahli parti agar memikirkan strategi bagi berdepan serangan alam maya.

“Kita nak parti kita buat persiapan. Memang ada yang mengatakan jika pilihan raya esok, kita akan kalah. Bagaimanapun esok bukan pilihan raya.

“Kita jangan syok sendiri. Macam dulu saya pernah diberikan graf ‘cantik’ dan yakin BN (Barisan Nasional) boleh menang, tetapi sebaliknya.

“Ia bukan mengenai ‘input’ tetapi paling penting adalah ‘outcome’,” katanya.

najib-huluselangor-5

najib-huluselangor-4

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img