Fitnah mengatakan KWSP akan bankrap apa cerita? – Najib Razak - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus melancarkan serangan dengan menyoal kredibiliti kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung pelbagai dakwaan namun kini berdiam diri tentangnya.

Terbaru, Najib Razak menyoal tentang dakwaan kononnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah lama bankrap dengan dana tersebut disalahguna serta dicuri untuk tujuan kepentingan lain.

Kata Najib, menurut segelintir pemimpin dalam PH yang kini sudah bergelar menteri telah berbohong kepada rakyat dengan mendakwa dividen KWSP palsu dan angkanya adalah rekaan semata-mata.

“Sekian lama, PH sering membuat tomahan terhadap KWSP untuk menakutkan rakyat dan untuk memburukkan kerajaan BN kononnya KWSP sudah lama bankrap, wang KWSP di salahguna ataupun dicuri dan dividen KWSP adalah angka yang palsu dan cuma angka rekaan sahaja.

“Sebagai contoh, apabila kadar dividen untuk tahun 2016 diumumkan, tiga pemimpin PH iaitu Dr Dzulkefly Ahmad dari Amanah, Wong Chen (PKR) dan Teresa Kok dari DAP membuat kenyataan bersama bahawa kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun itu adalah sangat rendah kerana mereka mendakwa wang KWSP telah digunakan untuk menyelamat 1MDB dan KWSP berdepan dengan masalah kewangan.

“Ya, kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 menurun berbanding 6.4 peratus untuk tahun 2015 tetapi ini ialah kerana prestasi Bursa Malaysia tahun itu tidak berapa baik akibat krisis kejatuhan harga minyak pada tahun itu.”

“Tetapi bila prestasi Bursa Malaysia memulih dan bertambah baik pada tahun 2017 dan kadar dividen untuk tahun itu diumumkan ialah 6.9 peratus, pemimpin-pemimpin PH pula menuduh bahawa kadar dividen ini palsu dan hanya gula-gula untuk pilihanraya,” katanya.

Tambah Najib, dividen naik atau turn, PH tidak pernah melepaskan peluang untuk menyuntik tomahan dan fitnah bagi menghasut rakyat.

“Kebenaran tidak penting untuk mereka. Dan ramai terperdaya dengan fitnah mereka.

“PH sudah mengambil alih kerajaan dan KWSP selama 5 bulan tetapi tidak ada sebarang dakwaan mahupun bukti sebagaimana tuduhan mereka selama ini tentang wang KWSP dan tentang dividen – sekaligus membuktikan segala tomahan-tomahan PH terhadap KWSP selama ini adalah fitnah.

“Wang KWSP memang wujud dan tetap dimiliki oleh setiap pencarum. Apapun, saya doa dan berharap kadar dividen KWSP akan terus naik di bawah pentadbiran kerajaan PH,” katanya.

…………

Rujukan:
KWSP rugi RM6.09 bilion (http://utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kwsp-rugi-rm6-09-bilion-1.693180)

https://pakdin.my/tag/kwsp

UTAMANAJIB RAZAKFitnah mengatakan KWSP akan bankrap apa cerita? - Najib Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium