Fitnah Rafidah Aziz: Mengapa kena tunggu 3 bulan untuk buktikan?

Tan Sri Rafidah Aziz menjawab persoalan saya hari ini dan turut bertegas dengan sumpah “Demi Allah” beliau bahawa “setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu.”

Dia menggesa saya untuk bersabar untuk menanti tuduhan dengan memetik kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 14 Jun lalu bahawa setiap tuduhan kesalahan terhadap Menteri akan disiasat.

Saya juga berhak untuk bersuara bagi mempertahankan diri dan parti saya jika kami telah difitnah kerana ada pihak yang mahu merebut kuasa.

Persoalan saya ialah perlukah mengambil masa 3 bulan untuk menentukan bahawa setiap inci tanah kementerian dan tentera sudah terletak bawah nama 3 individu?

Sekadar memeriksa Surat Hakmilik sudah tahu. Tak sampai setengah hari pun.

Saya tahu tuduhan beliau tidak benar sama sekali.

Najib Razak

……..
http://pakdin.my/tag/rafidah-aziz

11 KOMEN

  1. Dah tua bau tanah pun masih nak nak buat fitnah… Patut dah tua tu berilmu lah sikit oii…. bila nak menuduh..siap2kan bukti, document sekali…. Ni tuduh,fitnah dulu… bukti kemudian baru nak cari… Kalu betul tuduhan tu… adalah markah kebaikannya sikit…
    Kalu tak da??? Tanggong la… ke neraka kau nanti… Tak takut ker..nenek, atok oiii…

  2. Dia suruh tunggu, sebab dia tau, dah X lama lagi dia nak golll, so dia ingat dia X yah jawab lerr. Org elok2 respect hang, hang sendiri yg jatuhkan reputasi diri sendiri dgn buat fitnah cam ni. Adoii aiii…nenek!!

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini