Fitnah sekolah hidang sekerat sosej, sehelai sayur di nafi JPN Kelantan

FITNAH DAN MINTA MAAF
NETIZEN VIRALKAN PERKARA FITNAH DAN BUAT TAK NAMPAK PENAFIAN DAN PERMOHONAN MAAF.
KEKAL LAH FITNAH BERMAIN DIKALANGAN NETIZEN.

fitnah-makanan-tambahan-sekolah.jpg

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menafikan sebuah sekolah di Pasir Mas menyediakan makanan Rancangan Makanan Tambahan yang tidak bernutrisi kepada murid seperti yang diviralkan beberapa hari lepas.

Pengarahnya, Datuk Ab Aziz Abdullah berkata, pihak JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas telah pergi ke sekolah berkenaan dan mendapati pihak kantin menyediakan menu seperti yang telah ditetapkan.

“Daripada siasatan yang dilakukan, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Pada hari tersebut, pihak kantin menyediakan menu nasi goreng cina dan air Milo.

“Sosej dan sayur hanya berupa tambahan kerana nasi goreng tersebut sudah mengandungi ayam dan sayur,” katanya kepada Bernama.

Perkara yang diviralkan itu mendakwa murid sekolah berkenaan tidak berselera untuk makan kerana menu yang dihidangkan hanya berupa sekerat sosej dan sehelai sayur.

Ab Aziz berkata, pihak JPN akan menyiasat perkara itu termasuk dalam kalangan para guru sendiri.

fitnah-makanan-tambahan-sekolah-1.jpg

Related articles

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan tasik di Cyberjaya, dua minggu lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan Mohd...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kos untuk menggantikan bumbung polikarbonat...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan isu berhubung penyelesaian hutang tertunggak oleh bank pelaburan Goldman Sachs...

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerjasama itu boleh dicapai sekiranya agenda parti...

Latest articles

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan...

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Datuk Seri Mohd...

16 COMMENTS