Mungkin SSTDM tidak sengaja. Mungkin terdesak untuk menyebarkan fitnah kepada berpuluhan ribu orang.
Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau pernah menyebut wang RM2.6 bilion adalah daripada syarikat 1MDB.
“Saya ingin menegaskan, kenyataan seumpama itu atau merujuk kepadanya atau berkarektor sebagaimana disebarkan melalui laman sosial, tidak pernah disebut atau dilafazkan ketika keterangan saya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan mereka terhadap 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Bakke menegaskan kenyataan beliau kepada PAC tidak pernah dibincangkan di media sosial dan beliau tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili dirinya.
“Satu laporan polis akan turut dibuat dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang melakukan sebaran tidak benar mengandungi ayat sama ada ia merujuk, berkait dan memfitnah saya serta individu yang dirujuk sebagai saya,” katanya.
Bakke mengulas khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial yang memetik kononnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan RM2.6 bilion adalah wang 1MDB.
Laporan terdahulu menyebut PAC mendengar keterangan Bakke dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 11 Feb lepas bagi membantu menyiapkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen.
Bakke juga menasihati pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih. – Bernama, 15 Februari, 2016.
Fitnah SSTDM: Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB: Mungkin SSTDM tidak sengaja. Mungkin… https://t.co/vnrDbHTiVj
Fitnah SSTDM: Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB https://t.co/d79GZeZ5x0
Fitnah SSTDM: Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB https://t.co/i052pLR1I7
Fitnah SSTDM: Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB https://t.co/cutqXqENkt
Fitnah SSTDM: Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB https://t.co/kJZQbc3TpR
Fitnah SSTDM: Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB https://t.co/Y8Fc6zwHvV
Nacha Neyna liked this on Facebook.
Fitnah SSTDM: Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB: Mungkin SSTDM tidak sengaja. Mungkin… https://t.co/ZgsvGtZDod
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Wan Yahya liked this on Facebook.
Acik Ana liked this on Facebook.
Chaq Idah liked this on Facebook.
Sharudin Hussin liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Noor Hiakmah liked this on Facebook.
Eyda Hairi liked this on Facebook.
Hari2 asik dengo berita fitnah aje..nti berita yg betul pun org dh x percaya..mcm2.
Kay Maria liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Ahmad L Yusof liked this on Facebook.
Ahmad Kamal Nizam Abdullah liked this on Facebook.
Gir Rizalo liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Marzuki Borak liked this on Facebook.