Fitnah SSTDM: PAC Sahkan Mohd Bakke Tidak Keluarkan Kenyataan Wang RM2.6 Bilion - pakdin.my

1mdb-pac

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan bahawa bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak pernah menyatakan bahawa dana syarikat pelaburan strategik negara itu telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata fakta itu konsisten dengan pengesahan berulang kali kepada umum yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

“Sebagai pengerusi PAC, saya mengambil maklum dan kesal dengan maklumat salah disiarkan media dan laman sosial, yang telah membuat dakwaan palsu berhubung dengan apa yang dikatakan ketika sesi pendengaran Mohd Bakke pada 11 Feb lalu di hadapan PAC,” kata Hasan dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Katanya, PAC adalah jawatankuasa Parlimen yang bi-partisan terdiri daripada ahli-ahli Parlimen yang berpengalaman dari pihak kerajaan dan pembangkang dan sedang menyiasat isu 1MDB secara profesional dan telus.

Siasatan itu dilakukan berdasarkan bukti berdokumen, temu bual saksi dan hasil daripada pengauditan oleh Jabatan Audit Negara, katanya.

Beliau berkata kesimpulan daripada PAC mengenai siasatan itu akan menjadi satu rekod awam.

“Oleh itu kami menyeru kepada semua pihak supaya menghentikan spekulasi yang tidak perlu dan menunggu laporan rasmi PAC yang akan dibentangkan kepada Parlimen pada Mac 2016,” katanya.

Pada Isnin, Mohd Bakke menafikan dakwaan kononnya beliau pernah menyebut wang RM2.6 bilion itu adalah daripada syarikat 1MDB, sebagaimana disebarkan melalui laman sosial.

UTAMAEDITORIAL1MDBFitnah SSTDM: PAC Sahkan Mohd Bakke Tidak Keluarkan Kenyataan Wang RM2.6 Bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium