Fitnah UMNO kerana nak halalkan perbuatan jual lembu korban beli laptop

Menteri ini agak jahat.

Hanya kerana ingin pertahankan kes jual lembu untuk beli laptop mereka, dia sanggup berfitnah.

Dia tuduh UMNO dapat duit RM2 bilion baru-baru ini selepas menjual saham mereka dalam 4 syarikat.

Dia berdasarkan tuduhan ini atas satu laporan salah dari The Edge yang sudahpun dinafikan oleh Tok Mat.

Mana datang RM2 bilion, soal Mat Hasan
BACA sini:https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/173011

Beberapa bulan dahulu, The Edge juga membuat laporan salah bahawa kerajaan nak lucut hak 26 kereta mewah dan berpuluh akaun bank yang kononnya milik saya.

Rupa-rupanya 26 kereta “mewah” yang dimaksudkan mereka adalah 26 buah kereta Toyota Urvan milik sebuah NGO manakala berpuluh akaun bank itu milik orang lain dan NGO.

Kalau menteri ini pakai otak sikit, dia akan tahu bahawa akaun-akaun bank UMNO sudahpun dibeku oleh kerajaan akibat penindasan politik.

Jika dia fikir sedikit mendalam lagi, dia akan faham bahawa RM2 bilion itu adalah satu jumlah yang besar dan kerajaan PH tentu dapat kesan jika dana itu benar-benar milik UMNO.

Tentu kerajaan PH akan sekat lagi jika ianya benar.

Kes RM2.6 bilion masuk akaun bank saya untuk 4 bulan sahaja sebelum dipulangkan kepada penghantar asal, semua tahu walaupun pada masa itu mereka adalah pembangkang.

Oleh itu, mana mungkin dana RM2 bilion masuk ke akaun UMNO akibat penjualan saham, kerajaan tak dapat kesan?

Yang saya tak faham pula ialah kenapa MB Perak yang juga ADUN PPBM boleh menyumbang 5 ekor lembu terus kepada cawangan parti PPBM?

Berapa ekor lembu lagi disumbangkan oleh dia kepada cawangan-cawangan parti PH lain?

MB Perak beli lembu itu guna duit sendiri atau duit kerajaan Perak?

Adakah ianya sudah halal untuk kerajaan PH menyalur sumbangan terus kepada parti politik?

Menteri itu ada jawapan, tak?

Twitter Syed Saddiqhttps://twitter.com/syedsaddiq/status/1159685592080211968?s=21

Facebook Najib Razak

Loading...