Fitnah YAPEIM: Menggadai Syurga - pakdin.my

Pada 7 pagi semalam, sebuah portal media pro PH mengeluarkan berita bahawa RM1 juta wang anak yatim diseleweng bagi membayar kos guaman pembantu DS Najib. [1]

Berita ini dikeluarkan betul2 sebelum proses pengundian PRK Sandakan dan disebarkan oleh anggota kabinet, ahli parlimen PH dan penyokong mereka. Kejutan ini menyebabkan respon pantas daripada pihak pembangkang bagi mendapatkan maklumat sebenar dan menjawab tuduhan tidak dapat dilakukan. Dan sudah tentu sedikit sebanyak mempengaruhi trend pengundian semalam.

Malahan Timbalan Menteri Agama pula pantas mengeluarkan kenyataan mengulas. Kononnya beliau berikrar PH tidak akan menyalahguna dana anak yatim Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sepertimana yang berlaku pada pentadbiran lama. [2]

Tapi akhirnya petang ini, YAPEIM mengeluarkan kenyataan membersihkan nama DS Najib Razak dalam isu salahguna dana. Wakil Ketua Pengarahnya menjelaskan bahawa dana tersebut digunakan bagi bayaran guaman dan diluluskan mengikut prosedur. Ia juga diambil daripada keuntungan perniagaan dan bukannya daripada hak anak yatim. Jumlahnya pun tidak sampai separuh daripada dakwaan portal media tersebut [3]

Ya, kita sudah tahu kebenarannya. Tetapi atas harga yang bagaimana? Jika menang dengan fitnah, bagaimana Tuhan mahu mengurnia barakah?

Saya masih ingat, ada kenalan saya (kini dah jadi YB PKR) bertanya beberapa tahun dahulu kenapa saya terlalu banyak berubah.

Jika dia membaca status ini, maka dengarlah:

“Bagaimanakah saya mampu terus kekal bersama kalian, sedangkan kamu semua sewenangnya menggadaikan syurga di akhirat untuk keuntungan dunia yang sekejap”

—–

Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rujukan:

[1] https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/153689

[2] https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/11/yapeim-will-not-misuse-funds-under-pakatan-says-fuziah/

[3] https://m.malaysiakini.com/news/475845

UTAMAPOLITIKFitnah YAPEIM: Menggadai Syurga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium