Foto ‘Kampung Boy’ bersama kerbau bakal dipamer di Rom

Foto remaja Mohd Syukor Khamis yang terkenal jolokan nama “Kampung Boy” bersama kerbaunya terpilih untuk dipamer dalam dalam sebuah acara di Rom, Itali pada September nanti.

Berkongsi berita gembira itu di Facebook, jurugambar Mohd Nazri Sulaiman berkata beliau bersyukur mendapat pengiktirafan sedemikian rupa.

“Alhamdullilah. Gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rom dan beberapa negara sekitar Eropah,” catatnya di Facebook.

“Adik Syukor Khamis sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu, kebanggaan Malaysia.”
Foto berjudul “Sharing Emosi”, yang memperlihat Syukor, 14, sedang berehat bersandar di sisi seekor kerbau di kawasan berlumpur, manakala sekumpulan lagi haiwan itu berkerumun belakangnya.

Diangkat sebagai Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic, karya tersebut akan dipamerkan sempena Alfred Fried Photography Award 2018  di Austrian Cultural Forum, Rom.

Facebook Mohd Nazri Sulaiman

Comments

comments