Bahagian Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan menyiarkan sebahagian foto situasi pertempuran di Sungai Nyamuk semalam.
Dalam operasi berkenaan, aset tempur termasuk kereta perisai APC Condor segera digerakkan sejurus pasukan keselamatan mengesan pengganas terbabit.
Dua kereta perisai kelihatan memberikan tembakan bantuan mengunakan senjata berkaliber 25 milimeter.
Turut membantu gerakan itu, kenderaan G-Wagon membawa persenjataan lain.
Kedudukan musuh turut digempur anggota tentera darat mengunakan mesingan ringan selain tembakan oleh anggota menggunakan Pelancar Grenade Automatik, AGL 40 milimeter.
Pertempuran bermula sekitar jam 10:45 pagi itu tamat kira-kira tiga jam kemudian.