Wednesday, June 23, 2021
BERITAFuturise komited pacu Aspirasi inisiatif NRS

Futurise komited pacu Aspirasi inisiatif NRS

Futurise Sdn Bhd komited untuk memacu aspirasi Inisiatif Sandbox Kawal Selia Kebangsaan (NRS).

Ketua Pegawai Eksekutif, Mahadhir Aziz berkata Futurise terus merealisasikan pencapaian penting pada 2021 untuk mewujudkan masa depan lebih baik dalam memajukan peluang ekonomi, menyokong pertumbuhan inovasi dalam negara, mempercepat intervensi kawal selia untuk menyelesaikan isu perkongsian data dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing menerusi langkah memastikan pekerjaan dapat dicipta dalam lingkungan inisiatif Makmal NRS.

Beliau berkata sejak awal penubuhan Futurise, intervensi pengawalseliaan, inovasi strategi pelaksanaan dan pemacu pengembangan ekosistem telah menjadi faktor utama untuk memastikan kejayaan inisiatif ini yang mempengaruhi penciptaan lebih 4,000 pekerjaan hanya dalam Makmal NRS dalam tiga tahun.

“Kami juga mencapai kemajuan penting dari aspek tujuan dan pelaksanaan dengan memastikan kesediaan lebih 5,000 penciptaan pekerjaan masa depan dalam tempoh lima tahun melalui kerja pengawalseliaan industri dron,” katanya dalam kenyataan sempena Laporan Impak pertamanya (2018-2020) pada Selasa.

Mahadhir berkata Makmal NRS juga berjaya mewujudkan Zon Ujian Dron (DTZ) pertama di Malaysia.

Sehingga kini, DTZ merekodkan lebih 216 penerbangan dengan lebih 432 jumlah jam penerbangan.

Pada suku keempat 2020, Laluan Ujian Kenderaan Autonomi Malaysia (MyAV), Cyberjaya yang dibangunkan bersama-sama Kementerian Pengangkutan di bawah inisiatif NRS bagi pembangunan projek kenderaan autonomi masa depan telah diluluskan dan membawa masuk sejumlah 200 hingga 250 pekerjaan berkemahiran tinggi.

Ia termasuk antaranya dalam bidang robotik dan kejuruteraan elektrik; pengaturcaraan, pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan kejuruteraan automotif tradisional.

“Futurise menerajui pembangunan tapak ujian pertama bagi pengujian kenderaan autonomi di Cyberjaya merangkumi dua laluan dengan tujuan menyokong peserta industri dalam menguji dan mengumpul data berkaitan untuk industri kenderaan autonomi,” katanya. – BERNAMA

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here