25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Gadai prinsip kerana DAP – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 11 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa sanggup menggadaikan perjuangan membentuk negara Islam dan hukum hudud kerana mahu bersekongkol dengan sekutu pembangkangnya DAP dan mendapat sokongan bukan Melayu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perubahan itu membuktikan Nik Abdul Aziz tunduk kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah menegaskan akan menentang pembentukan negara Islam Pas suatu ketika dulu.

Katanya, kesediaan Nik Abdul Aziz serta Pas untuk tunduk kepada pendirian DAP itu membuktikan parti yang kononnya berteraskan Islam itu kini berusaha untuk memancing undi masyarakat bukan Islam di negara ini pada pilihan raya akan datang.

“Apabila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian Pas, Nik Abdul Aziz telah menyemak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun mendapati Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara Kebajikan Pas.

“Nik Abdul Aziz sendiri berkata yang mendorong Pas ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihan raya, ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam Pas,” katanya dalam entri terbaru bertajuk Kejatuhan Negara Islam Pas di http://chedet.co.cc, semalam.

Beliau mempersoalkan penjelasan Nik Abdul Aziz mengenai pertukaran slogan Pas daripada membentuk negara Islam kepada pembentukan negara berkebajikan seperti ditegaskan parti itu pada muktamarnya minggu lalu.

Dr. Mahathir menambah, kesanggupan Pas menggugurkan perjuangan negara Islam demi kerjasama dengan DAP adalah mengecewakan kerana parti itu tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO yang dianggotai oleh Melayu beragama Islam.

“Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan UMNO, Nik Abdul Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO (didakwa) tidak Islam,” katanya.

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...