Gadis Main Pasir Separuh Bogel Di Pantai Sulug - pakdin.my

bogel-pantai-sulug

KOTA KINABALU: Taman-Taman Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah akhbar mengenai gelagat dua gadis warga asing bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli di Pulau Sulug baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata dakwaan pengunjung terlihat aksi dua warga asing itu masih belum dapat disahkan dan pihaknya sedang menunggu keputusan siasatan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata Pulau Sulug yang diwartakan dalam Taman Tunku Abdul Rahman pada 1979 merupakan pulau dianggap ‘sunyi tanpa penghuni’ dan kurang mendapat sambutan daripada pengunjung berikutan kemudahan prasarana di Pulau Sulug tidak seperti mana pusat peranginan lain.

“Pulau ini terpencil dan tidak memiliki prasarana seperti pusat peranginan lain, justeru saya hairan bagaimana pelancong boleh mengunjungi pulau ini dan perkara sebegini terjadi,” katanya mengulas isu berkenaan yang berlaku, baru-baru ini.

Masidi ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran laman Facebook Pendidikan ‘5R Hidupan Liar’ dan program pendidikan kesedaran awam anjuran Jabatan Hidupan Liar Sabah di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan agar Taman-Taman Sabah mengedarkan risalah kepada operator pelancongan agar memberi nasihat atau panduan kepada pelanggan mereka supaya berpakaian senonoh sewaktu berada di pulau, bagi menjaga sensitiviti pengunjung lain termasuk kanak-kanak.

UTAMAGadis Main Pasir Separuh Bogel Di Pantai Sulug

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium