Gadis pakar timang bola buka kedai minuman teh boba di Indonesia - pakdin.my

Baru berumur 19 tahun, Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi bakal membuka dua kedai minuman teh boba di Indonesia dalam masa tiga bulan.

Gadis bertudung yang pernah tular di media sosial kerana kebolehannya menimang bola sehingga menarik perhatian bekas pemain Liverpool Karl-Heinz Riddle berharap beliau dapat mencapai sasaran membuka 48 cawangan pada hujung tahun depan.

Mendapat sokongan bapa, gadis kacukan Malaysia-Indonesia berkata beliau membuka perniagaan di negara jiran kerana kadar sewanya murah manakala trend teh boba masih baru di sana.

“Kami ada rumah di Indonesia setiap raya jadi peluang amatlah cerah. Bulan September 2019 dalam masa seminggu ayah paksa buka kedai. Kemudian November 2019 sama juga, seminggu siap yang kedua,” catatnya di Twitter.

“Chillax” dibuka di Banten, Jawa Barat, menawarkan teh ais Thailand dan teh boba gula perang pada harga Rp4,500 (RM1.34).

Sebelum ini, beberapa video aksi lincah menimang bola sepak dengan gaya bebas walau berpakaian jubah dan bertudung menarik perhatian warga maya.

https://twitter.com/Qhouirunnisaa/status/1204788357210886145?s=19https://twitter.com/Qhouirunnisaa/status/1204788357210886145?s=19

UTAMAGAYA HIDUPGadis pakar timang bola buka kedai minuman teh boba di Indonesia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium