Gagal Curi Motosikal Di Pasir Mas – Di Tangkap Oleh Penduduk Kampong - pakdin.my

gagal-curi-motorsikal-pasir-mas

Seorang lelaki berusia 40 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan mencuri sebuah motosikal gagal.

Suspek ditangkap oleh penduduk di Jalan Salor Pasir Mas, Kota Bahru, Kelantan.

Suspek yang berasal dari Padang Tembak, Pengkalan Chepa mendakwa, jenayah itu kali pertama dilakukan olehnya.

Menurut pemilik motosikal dicuri, Yakob Harun, 45 tahun, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Mangsa mendakwa terlupa mengambil kunci motosikal yang diletakkan di tepi jalan ketika mahu membeli barang di kedai berhampiran.

Apabila dia keluar dari kedai, motosikalnya sudah tiada.

Dia kemudian diberitahu, si pencuri telah ditangkap tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa menghubungi polis dan suspek dibawa ke balai polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

 

 

UTAMABERITAGagal Curi Motosikal Di Pasir Mas - Di Tangkap Oleh Penduduk Kampong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium