Gagal ‘pau’ RM5, ‘penguatkuasa DBKL’ ludah, tampar lelaki warga emas [Video] #pakdin.my

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya penguat kuasa bertindak kasar terhadap seorang peniaga warga emas yang berniaga di siar kaki di satu lokasi.

Tidak pasti tarikh dan lokasi insiden itu, lelaki terbabit mendakwa dirinya “penguat kuasa undang-undang” sebelum berlaku tolak menolak selepas peniaga yang meminta dia beredar.

Video 59 saat yang tular di media sosial turut memaparkan lelaki itu menengking, meludah, menyepak kotak barang dan menampar peniaga itu di depan khalayak.

“Saya ada kuasa tahu tak. Awak jangan tunjuk kurang ajar dekat ini Malaysia,” tengking lelaki berkemeja merah dan bertopi.

Rakaman yang dimuat naik pengguna Twitter Lysa June yang memetik pengguna media sosial Tia Fatehah menyatakan beliau sakit hati dan rasa “mahu ludah balik” lelaki terbabit yang disifatkannya “kurang ajar.”

“Tolonglah ambil tindakan. DBKL Kalau betul pun orang tu salah, bukan macam ni caranya. Tadi pun saya hampir dilanggar oleh orang DBKL,” katanya.

“Ni dah kurang ajar sangat. Takut jadi sardin je orang buat tepi jalan,” katanya. Hantaran yang dimuat naik semalam ditonton lebih 232,000 kali setakat ini.

Berdasarkan satu paparan, status ‘penguat kuasa’ lelaki berkemeja merah dipersoal kerana didakwa tidak menunjukkan kad penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malah, kekecohan itu tercetus ekoran dakwaan “penguat kuasa” gagal ‘pau’ pak cik warga emas itu sebanyak RM5 jika mahu terus berniaga di situ.

Rata-rata warga maya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit selain membangkitkan kemarahan mereka hanya semata-mata kerana wang. Malah, kekasaran yang dilakukan mencetuskan rasa simpati dan kasihan kepada warga emas berkenaan.

Syaz Bay: Hanya minta RM5, terus hilang sifat kemanusiaan, manusia oh manusia.

Lyneaaa: Kesian pak cik tu sedihnya tengok dia angkat balik kotak dia.

Daniall Azizi: Ya, betul kesian. Hormat lah sikit sebagai hak sesama manusia. Lagi lagi pak cik tu dah berumur dah. DBKL tolong lah waras dalam melakukan suatu pekerjaan. Tak tahu lah ada integriti ke tak dalam diri

Jejari Cantik Menaip: Kalau dia bukan penguat kuasa, dah boleh dituduh juga dia menyamar sebab nak “pau” duit orang. Tapi kalau dia memang penguatkuasa, elok ambik tindakan tatatertib.

Berkaitan