Gagal selesai isu peralihan kuasa: Bubar Parlimen, serah kepada rakyat – MPN - pakdin.my

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan sekiranya masih lagi gagal menyelesaikan isu peralihan kuasa perdana menteri.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose menegaskan, kerajaan perlu mengutamakan isu penting itu bagi memastikan kestabilan negara yang kini berada di awangan.

“Kalau susah sangat bubar sahaja Parlimen. MPN gesa itu dan serah semula kepada rakyat. Masyarakat kini merasai keperitan dan ketidaktentuan yang ketara, jangan biar lama-lama dan tiada hala tuju dalam ekonomi. (Wawasan) Kemakmuran Bersama tergantung situ dan belum lagi konkrit program.

“Saya bercakap dalam aspek pendidikan. Kita ada ratusan graduan yang masih mencari kerja dan kasihan mereka. Ini semua tempias keberadaan politik yang tergantung.

“Ini belum lagi masyarakat pedalaman dan mereka mengharap kerajaan melakukan sesuatu,” katanya selepas perbincangan meja bulat tentang sistem pelaksanaan perwakilan berkadar (PR) di sini hari ini.

Turut hadir Profesor  Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan berkata, jawatankuasa itu akan mengusulkan kepada kerajaan untuk menggantikan sistem pilihan raya sedia ada iaitu First Past The Post (FPTP) kepada PR.

Dr Raduan menambah, sekiranya bersikap ikhlas, kerajaan perlu memberi apa keutamaan kepada negara.

“Kalau dari aspek politik, apa yang utama? Peralihan kuasa yang masih terawang-awang. Kalau itu tidak dapat diselesaikan apa kesan kepada negara dan sistem kita serta orang luar. Itu keutamaan yang perlu diselesaikan, yang ini (sistem PR) jauh lagi,” katanya.

 

UTAMAPOLITIKGagal selesai isu peralihan kuasa: Bubar Parlimen, serah kepada rakyat - MPN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium