32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Gaji, bonus bos PKNS dipertikai – Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM

Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.

“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.

“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Pada masa ini, Pengurus Besar PKNS ialah Othman Omar.

Mohamad Satim berkata, sejak pentadbiran Selangor diambil alih pakatan pembangkang, tiada lagi projek rumah kos rendah dan mampu milik dibina untuk rakyat, sebaliknya PKNS membina perumahan mewah.
“Dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan dan di bawah pentadbiran Pengurus Besar baru, berapakah jumlah rumah mampu milik terutama rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang dibina oleh PKNS berbanding dengan pencapaian 2006, 2007 dan 2008.

“Yang jelas, projek Mega Datum Jelatek, Pusat Bandar Keramat menawarkan rumah paling rendah harganya ialah RM600,000 seunit, yang berada di luar kemampuan majoriti pemilik asal yang diberikan pampasan hanya RM250,000.

“Begitu juga projek Mega Sports City SS7, Kelana Jaya; Aquivilla Seksyen 7, Shah Alam; Western Digital, SSB Kelana Jaya; PJCC, SS 19 Subang Jaya dan banyak lagi projek mega PKNS,” katanya.

Beliau berkata, ketika BN memerintah negeri ini, pelbagai projek kos rendah dan sederhana dilaksanakan selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri sekarang tidak melaksanakan perkara itu.

Mohamad Satim turut mengimbas kembali kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 yang menyatakan kerajaan negeri tidak lagi membenarkan projek hartanah secara usaha sama dan penswastaan, selain mengarahkan PKNS menghentikan projek penswastaan serta merta.

Bagaimanapun, katanya walaupun arahan dikeluarkan, PKNS masih meneruskan projek penswastaan dan menjalankan usaha sama hartanah seperti projek Science Park 2, membabitkan kawasan seluas 8.8 hektar.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan