30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Gaji Dan Elaun Adun Naik 300 peratus, Rakyat Hanya Dapat RM30

Khalid lebih mengutamakan kenaikan sehingga 300% Menteri Besar, EXCO, Speaker dan ADUN Selangor
Khalid lebih mengutamakan kenaikan sehingga 300% Menteri Besar, EXCO, Speaker dan ADUN Selangor

Pasti ramai yang akan tergelak apabila mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor. Seperti kata wak Mustara di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’, ini betul-betul, bukan cobaan!!!!

Paling menarik, ia diakui sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak mereka di gedung pakaian jenama Bata.

Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah pemberian tersebut, namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’ dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu. Tambah mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.

Dalam erti kata lain, walaupun keluarga tersebut mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah mereka tetap akan diberikan baucar bernilai RM30.00 yang bersamaan RM5.00 untuk seorang anak. Persoalannya apakah yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut?

Tambah menghairankan ialah, media pembangkang sebelum ini melaporkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Selangor bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah jenis Kebangsaan Cina. Bukanlah bermaksud untuk menimbulkan isu perkauman, namun angka sumbangan tersebut jelas memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan dan dasar ‘pilih kasih’ yang diamalkan oleh kerajaan negeri.

Malah rakyat Selangor pasti masih ingat mengenai usul yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menaikkan gaji dan elaun semua Adun di Selangor.

Sekiranya diteliti, mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).


Antara hujah yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan tersebut ialah, kononnya kerajaan Selangor mempunyai lebihan pendapatan hampir RM600 juta. Malah ekoran isu lebihan pendapatan itu juga, pentadbiran Khalid dikritik oleh Anwar Ibrahim kerana gagal menggunakannya seperti yang sepatutnya.

Namun apa yang mengecewakan ialah, lebihan dana tersebut adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang gagal dimanfaatkan oleh Khalid untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak teruk di Selangor.

Mengikut data yang diperolehi, daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.75 bilion kepada kerajaan negeri Selangor, namun hanya RM1.1 biliion sahaja yang dibelanjakan.

Ia bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri itu bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.

Hasil rizab simpanan tersebut pula, akhirnya bakal digunakan untuk membayar jumlah kenaikan yang bakal dinikmati oleh semua Adun Selangor. Ini bermaksud rakyat terpaksa menanggung kerugian, kesusahan dan kesengsaraan akibat masalah jalan rosak dan berlubang di Selangor bagi menampung kenaikan elaun tersebut.

Dan sekelumit daripada lebihan itu, sebanyak RM30.00 diperuntukkan kepada setiap KELUARGA yang kurang berkemampuan untuk membeli kasut sekolah anak-anak mereka. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh rakyat khususnya pengundi di Selangor hasil kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

Hidup RAKYAT!!!!

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...