GAJI PEKERJA AKAN MENINGKAT DALAM TEMPOH 12 BULAN

Walaupun negatif, kajian itu mendapati bahawa majikan Malaysia dijangka meningkatkan – terutama pada “gaji, pendapatan, eksport, harga jualan, pekerjaan dan juga keuntungan meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang.”

- Advertisement -

Jadi bagaimana mereka boleh menjadi yang paling pesimis mengenai ekonomi tetapi pada masa yang sama menjadi begitu yakin bahawa eksport dan pendapatan meningkat?

Ini lah bagaimana propaganda mengubah persepsi dan memberi kesan buruk kepada Malaysia.

Ia memberi kesan buruk kepada keyakinan dan sentimen tetapi realitinya adalah bahawa apabila setiap perniagaan melihat bajet mereka, aliran jualan mereka, mereka tahu bahawa ianya tidak begitu buruk dan malahan metrka menjangkakan pertumbuhan – dan dengan itu mampu untuk memberi kenaikan gaji.

Ini adalah semata-mata mengenai persepsi berbanding fakta sebenar.

20170109-persepsi-ekonomi-malaysia

________________________
GAJI PEKERJA AKAN MENINGKAT DALAM TEMPOH 12 BULAN

Komuniti perniagaan di Malaysia menjangkakan gaji pekerja akan naik dalam tempoh 12 bulan akan datang, menurut satu kajian yang dibuat oleh Grant Thornton International Business Report (IBR).

Gaji pekerja dan lain-lain petunjuk ekonomi yang penting, termasuk hasil, eksport, harga jualan, pekerjaan dan juga keuntungan dijangka akan bertambah baik walaupun keyakinan unjuran yang kurang memberangsangkan untuk tahun akan datang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Malaysia mempunyai komuniti bisnes yang terbanyak di rantau ASEAN yang sedang dalam perancangan untuk meningkatkan gaji kakitangan dalam 12 bulan akan datang.

“Sebanyak 86 peratus daripada perniagaan berharap untuk menawarkan kenaikan gaji bagi pekerja-pekerja mereka pada tahun akan datang berbanding 78 peratus dalam suku ketiga tahun 2016,” kata Rakan Kongsi Pengurusan Negara Datuk Narendra Kumar Jasani.

Beliau berkata keyakinan yang agak rendah kali ini adalah disebabkan oleh prestasi ringgit.

“Turun naik kadar pertukaran menjadi kekangan terbesar untuk pembesaran perniagaan di Malaysia, dengan 76 peratus daripada eksekutif syarikat perniagaan menggariskannya sebagai satu cabaran.

“Ini merupakan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 42 peratus pada suku ketiga tahun 2016 dan adalah yang tertinggi di rantau ASEAN,” katanya.

Tinjauan tersebut juga mendedahkan bahawa 36 peratus perniagaan di Malaysia meramalkan hasil akan meningkat pada suku keempat tahun 2016 berbanding dengan 26 peratus suku sebelumnya.

“Harga jualan dan keuntungan juga dijangka naik dalam tempoh 12 bulan dengan 20 peratus perniagaan menjangkakan peningkatan dalam harga jualan,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

37 Ditahan, Sambut Hari Jadi Menu Dadah

Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di...

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta “drive in theatre” yang pertama di Malaysia...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.3 – 7.5 Peratus Tahun Depan

Agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.